Sunday, February 6, 2011

fluffy.

Assalamualaikum.

Dikala waktu-waktu senggang (sebenarnya malas nak membuat assignment) ni, terasa nak buat entry la pulak. * boleh pulak buat entry sedangkan assignment dah menunggu =_="

Baiklah, tadi tangan saya sengaja meng-google. Dok pikir nak search apa pun tak tau. Tiba - tiba teringat sesuatu.

Tap tap tap. Keyboard saya berbunyi sambil lagu dimainkan memecah kesunyian malam. Yelah, semua orang dah tido. Saya je mata terbeliak depan lappy. Hehe.

" Hamster ". Wahhhhh!. tersangatlah comel haiwan ni. Tiba-tiba terasa nak membela pula.
Membuak2 rasanya. Tapi mampukah saya nak menjaganya? Hmm.

*tidakkah anda rasa macam nak bela juga?*



Tap tap tap. keyboard ditekan tekan lagi.

Dan kali ni , " Rabbit ". Arrrrrgh. Comelnyaa!

Yang ni saya fikir dua tiga kali kalau nak bela.

1) Lokasi pembelaan
2) Masa pengurusan - nak bagi makan, mandi dsb.
3) Risiko pembelaan - takut diganggu kucing2 liar, kencing rabbit yang 'wangi'.

End up, saya pun memadamkan niat saya.


* i was once used to had a rabbit named ; Abu. but he died because fell off from the high places. i was crying for 4 days over T_T*


Tap tap tap. " Kitten ".
Saya sangat sangat sangat menggemari kepada haiwan yang bernama kucing. Tak tahu mengapa. Dari kecil dulu saya pernah membela kucing. Comel; namanya. Comel tersangatlah manja hinggakan setiap malam mesti tidur dengan saya. Tapi umurnya tak panjang.

Dan hinggalah saya berada di tingkatan lima, saya terjumpa anak-anak kucing yang ibunya hilang entah ke mana. Lalu saya pun mengambil anak-anak kucing tersebut dan membelanya.
Bubu, Mumu, Lulu dan Kiki saya namakan mereka. Di antara keempat-empat ekor kucing tersebut, Kiki lah yang manja dengan saya. Senasib dengan Comel, akhirnya mati kerana sakit. Lulu kemudian menyusul mengikut Kiki.

Tinggallah Bubu dan Mumu. Saya menjaga mereka hingga mereka besar. Hinggakan tidak muat dalam sangkar yang ayah saya buatkan. Jadi, saya mula terfikirkan bagaimana saya nak menjaga mereka dengan ruang yang kecil. Lalu saya membuat keputusan untuk melepaskan mereka. Semasa kami ingin melepaskan mereka, Bubu dan Mumu mengejar kami. Saya menyuruh ibu saya memecut agar membiarkan mereka tidak lagi mengejar. Serentak itu, air mata saya jatuh jua. Tak sanggup saya melihat mereka mengejar kami.

*Bubu dan Mumu ; maaf kerana saya tak mampu menjaga kamu dengan sebaiknya.
----------------------------------------------------

Tiba-tiba saya teringat Cik Kyla, sebabnya saya pernah berjanji untuk membela kucingnya iaitu Timmie. Tapi atas masalah kewangan dan masa, tak dapat saya nak membela Timmie walaupun saya beriya-iya mahu membelanya.

*sorry chinggu! :( insya-Allah, ade rezeki aku bela ye!


* adorable right ? :) *


Sememangnya besar hati saya nak membela haiwan2 ni. Tapi apakan daya saya kerana tak mampu dari sudut-sudut tertentu. Lebih baik saya tak bela jika saya tak mampu kerana mungkin memudaratkan lagi haiwan2 itu. Bertambah dosa saya. Ish Ish. Takmau! Kesian haiwan2 tu nnt.

Baiklah, sampai disini saja entry kali ni. Rasa mengganggu pulak bunyi2 bising ni.

Assalamualaikum.


p/s : Saya memang penggemar haiwan. Tapi bukan haiwan eksotik. Anda bagaimana? :)

Wednesday, January 26, 2011

yes. im a noob.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Sihatkah anda? Harap2 sihat selalu hendak-Nya. :)

Baiklah. Saya ingin menanyakan kepada anda ; adakah anda mempunyai kelemahan di dalam setiap bidang yang anda lakukan? Saya pasti setiap orang pasti ada 'slack'nya. Dan saya pasti setiap orang juga mempunyai kelebihan masing-masing. :)

Begitu juga dengan saya. Saya mengaku saya ada 'slack' sedikit tentang design menggunakan komputer/graphic. yes, im a noob. T_T

Seperti yang pernah saya nyatakan, saya pun secara rasminya telah bertukar
department. Iaitu dari Jabatan Tekstil ke Jabatan Percetakan. Sangat jauh perbezaannya! Dari pelukis batik, penenun fiber, pencetak fabrik bertukar kepada pencetak kertas, jurugambar, dan computer designer. Kan jauh bunyi nya. Ianya sangat mencabar kredibiliti saya, mencabar kesabaran saya dan mencabar kreativiti saya kerana saya berada jauh dari landasan saya yang sebenar.

Alhamdulillah, dengan kurniaan Tuhan saya dianugerahkan kebolehan untuk melukis di atas kertas/fabrik dan saya sangat menghargainya. Namun setelah bertukar department, saya merasakan kebolehan saya itu kurang digunapakai. Kerana lebih 'melukis' di atas komputer. Dan mulalah perasaan kurang selesa/ketidakstabilan emosi semasa melakukan kerja 'melukis' di atas komputer.

Saya sangat mempunyai masalah di dalam kelas saya terutama yang menggunakan komputer. Jangan anda fikir saya mempunyai masalah peribadi ya.Setakat ni saya belum pernah lagi cuba untuk memonteng tau! hehe. Masalahnya bukan apa, saya tidaklah terlalu pandai dalam penggunaan aplikasi Photoshop, Illustrator, Dreamweaver, In Design dan yang sewaktu dengannya. Saya hampir give up! Bukan saya tidak pernah mencuba, tetapi MUNGKIN semasa Diploma dahulu saya kurang menggunakan aplikasi-aplikasi yang CANGGIH itu kerana terlalu melebihkan kerja-kerja praktikal. Dari situ saya dapat 'point out' masalah saya. Dan semasa cuti semester, saya hanya membiarkan pembelajaran saya tanpa explore lebih lanjut. Dan itu sebabnya saya menjadi lemau apabila berada di dalam kelas-kelas yang menggunakan komputer itu.

Bukan saya tidak pernah fikir untuk berpatah balik ke landasan saya yang sebenar ; Jabatan Tekstil , tetapi saya selalu mengingatkan diri saya ini adalah laluan hidup baru saya sekarang dan ini juga mungkin lubuk rezeki saya pada suatu hari nanti. Dan saya juga selalu cuba meniupkan kata-kata semangat ke dalam diri saya ; "ini adalah pengalaman hidup, tak semesti semuanya manis. jadi apa salahnya jika mencuba?".

Saya selalu memohon agar Allah sentiasa merahmati pembelajaran saya dan meluaskan minda saya semasa menerima input-input dari pensyarah. Im not an A+ student, but im trying to be the A+ student. Harap-haraplah. Amin :)

Baiklah. Sampai disini saja tulisan saya.
Harapan saya anda dirahmati Tuhan selalu hendak-Nya.
Insya-Allah.




p/s : haha, im a software noob but not in the social network.
boleh pulak kan ? haha!




Sunday, January 16, 2011

saya nak!

Assalamualaikum.

Pernah tak anda inginkan sesuatu tapi tak dapat memilikinya? mungkin alasan tersendiri itu anda jawab dalam hati ya :)

Begitu juga saya, saya nak ini! :



tak pun yang ni :



yang ni pun jadi lah :



Tak tahulah, kenapa saya jatuh cinta dengan kasut high-cut ni. Sejak diperkenalkan secara tak rasminya ; Salwa : roomate saya dulu, saya terus meng-goggle. dan, wallahhh! Memang fall-in-love tak hengatlah!

Lagipun sebelum2 ni saya ada juga mengusha kasut2 seperti ini; tapi hanya dalam video klip saja. Tak tergerak hati nak goggle pun.


Hah! Anda, tolonglah saya. Meh belanja saya satu kasut ni. Saya belanja anda balik KFC. :P

p/s : kalau anda pun dah berminat dengan kasut2 mcm ni, kliklah sini untuk rujukan anda.


Assalamualikum. :)

Tuesday, January 4, 2011

dunia baru.

Assalamualaikum.

2011. a year with a big an assumption.

itu yang mampu saya katakan, setelah apa yang saya kaji. kajian untuk diri saya sendiri.
mampukah saya untuk hadapi segala dugaan dan cabaran pada usia yang bakal 22 tahun ini?
saya harap saya mampu hadapinya dengan baik. insya-Allah :)

baiklah. rasa-rasanya adalah beberapa hari juga saya tak menjengah ke blog ini. sebab sibuk menguruskan hal-hal pendaftaran saya di UiTM Shah Alam.
agak pening, sebab nak meng'transfer credit' lagi, daftar itu lagi, daftar ini lagi. yelah, sem baru, department baru, kampus baru.

totally dunia baru buat saya.

harap2 saya tak terkena dengan kejutan budaya lah nanti. amin :)




Thursday, December 16, 2010

Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

baru hari ni berkesempatan nak membuka blog dan menambah cerita. hee :D

firstly, alhamdulillah. result untuk sem akhir saya di UiTM Machang telah pun keluar. keputusannya, saya hanya mampu panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. syukur yang teramat, walau tak sehebat dan se gah teman2 seperjuangan, namun saya mampu tersenyum kehujung telinga. ini adalah hasil yang telah saya usahakan sebaik mungkin. :) dan saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang tersangat menyokong apa saja yang saya lakukan. i love you all from deep inside in my heart :) thanks for everything!

dan satu lagi berita tambahan yang baru, saya telah mendapat tawaran menyambung pengajian ke peringkat degree ::

SARJANA MUDA TEKNOLOGI PERCETAKAN (KEPUJIAN), FAKULTI SENILUKIS DAN SENIREKA.

ya, masih didalam bidang yang sama iaitu ART AND DESIGN cuma berubah program saja. harap bertambah pengalaman saya. amin!


Assalamualikum. :)

Saturday, November 27, 2010

kerjaan ya pakkk~

As-salam. saja nak menyinggah di blog. haha.
oh ye, saya dah mula berkerja. tapi part time sahaja, sebabnya kalau ada rezeki, nak sambung study lagi. -insya-Allah,mintak2lah dapat offer degree nanti.

okay, kerja2 biasa aje pun. kat supermarket.
kat mana? jgn tanya, kalau nampak pun buat2 diam ye. haha.

so far, okay lah. staff semua okay,baik dan sangat helping. tak kedekut ilmu. kira okay lah! :D
yang menjadi masalahnya, ialah customer. .

ya, saya tahu 'CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT'. tapi kadang2 anda, maksud saya anda itu ialah customer ; anda juga janganlah banyak ragamnya. kalau tak puas hati ke apa, jangan nak terpekik terlolong dekat kaunter. adukan saja kat CUSTOMER SERVICE. apa guna CUSTOMER SERVICE kalau anda tak guna. so, bila anda nak mengadu ,membebel sampai ke pagi esok pun boleh. adukan saja kat CUSTOMER SERVICE.

bukan apa, jika sebab anda, queue boleh jadi panjang, and kesian customer lain. dan ya, kesian jugaklah kat cashier. malu lah dia. cuba anda jadi kat tempat dia. dah kerja berdiri, sorang2 masukkan barang dlm plastik untuk anda ( saya tahu,mmg tanggungjawab cashier itu tapi bertimbang rasalah ; tolonglah sikit2 ) lepas tu berdiri mau 5 jam. maunya kalau yang part time, takde rehat langsung. anda ,anda ,anda dan anda sepatutnya ada rasa 'humanity' sikit, kalau anda marah2 cashier tu, anda dah malukan dia dan anda dah buat dia feel down. kan kesian kat cashier tu. cuba anda slowtalk dengan cashier tu, mesti cashier tu layan awak baik2. tapi saya tak nafikan la,kalau ada yang cashier kurang ajar tu, anda pun 'ajar' lah sikit. kira fair la kan.

baiklah saya nak ceritakan pengalaman rakan saya, S yang merupakan cashier. sama seperti saya juga. S dapat customer yang bapak gila berlagak macam datin. pakai spek segala (okay saya tau,itu hak dia - nak buat macam mana, dah terumpat pun kan ), bawak anak dia. anak dia nak beli bola, and bola itu kelihatannya agak kotor sedikit, takde barcode utk di scan- maknanya takde hargalah ( bukan salah cashier ye, cuba tanya pekerja yang in-charge bhgn itu ). nak di jadikan cerita, mak datin tu nak membayar lah, kalau sebelum nak bayar, check lah dulu kan item yang nak dibeli, elok ke tak. datang2 kaunter, dengan berlagaknya, sambil berkata, " eh, bola ni macam recycle lah, bola ni selamat ke? bola ni ada warranty ke? " S pun mcm terdiam, sambil menjawab, " saya tak pasti lah pulak puan " sambil meng-scan item mak datin itu. tup tup, tak dapat detect barcode sebab rosak. lepas tu mulalah dimakinya S tu. kesian S, tak tau apa2 kena maki. last2 tak nak beli. okay fine, tak nak beli takpelah, tapi jgnlah dimaki S nya itu. nasiblah S tu penyabar, kalau dapat yang cashier mulut pun agak laser jugak, memang bergaduh rasanya.

so, pendapat sayalah, kalau nak marah pun jgn lah maki2. semua orang kat situ tengok2, malulah kalau mcm tu. yang staff pun, lain kali jalankanlah tugas anda tu betul2. jgn jadi mcm kes S ni, check mana item yang tak elok- jgn dijual/betulkan balik kalau boleh, item yang takde barcode- tampal barcode, item yang tak disusun- susun betul2-memudahkan customer untuk mencari barang and so on, ni tak pasal2, dia pulak yang kena. kalau semua ada kerjasama, everything will go smoothly. takkan ada masalah punya. insya-Allah. :D

baiklah, sekian saja dari saya.
Assalamualaikum :D
p/s : BOLA ADA WARRANTY KE? i was like, huh?? =_="


Wednesday, November 17, 2010

.TAMAT.

tamat? apa yang tamatnya? tamat episod ke?
haha. alhamdulillah. sebenarnya tamatlah sudah sesi pembelajaran saya di UiTM Machang, Kelantan selama 3 tahun. apa yang boleh saya katakan, terlalu banyak pengalaman yang telah saya lalui sepanjang di sana. most of them was a sweet memories. sungguh!

teringat lagi pada hari pertama saya jejakkan kaki di sana, hati saya diketuk pelbagai persoalan dan rungutan ; " tempat apa ni? macam hutan je. ala, tak bestnya! nak keluar pun susah! ", " orang kelantan ni friendly ke? entah2 dioarang tak suka orang luar macam aku pastu mesti sombong " , " makanan diaorang ni aku boleh telan ke? alahai~ ". seriously, itu semua tanggapan pertama saya masa sampai kat UiTM Machang. * maaf ya!*

tapi selepas seminggu saya berada di sana menjalani minggu mesra siswa/i, saya mula mengenali beberapa orang rakan Kelantan dan ada juga yang luar dari Kelantan. ternyata sangkaan saya meleset. mereka yang saya kenali itu sangat baik,peramah and so on. dan sampai sekarang saya masih berkawan baik dengan mereka. antaranya Farah ; classmate saya.

hmm. terlalu banyak pengalaman manis yang saya ingati tak kurang juga pengalaman pahit. kata orang, dalam hidup pasti ada pahit dan manisnya. memang benar.
namun sepanjang semester akhir saya, saya kira semua momen yang saya alami adalah pengalaman manis buat saya. :) untuk saya senaraikan memang tak dapekla, cuma saya ingat baru2 ni classmate saya membuat surprise untuk hari jadi saya pada 2 nov lalu. sungguh saya terharu! dan yang paling tak menahan, lecturer kami ; Cik Anis Ediana pun pakat dengan rancangan classmates saya untuk memarahi saya atas sebab2 work saya yang tak memenuhi citarasanya. sampai minta bawak 'gunting' nak potong work saya. oh tidakkk~~
rupanya 'gunting' yang sibuk dikatakan tu adalah kek. terus saya menangis apabila mereka masuk dengan kek dan 2 batang lilin sambil menyanyikan lagu 'happy birthday' pada masa itu.
thanks a lot guys! i really2 never ever forget at that moment. sayang korang.
this is tribute for you guys.( ADD6TB, u guys rock! )

fashion show (part 5)
(yang pakai baju2 pelik tu model kami)

during our briefing for the diploma show
( this is part of my classmates)


at Pantai Melawi, Bachok, Kelantan.
( celebrating our last day at Kelantan)
so much to i wanna say to you guys but key words that all of you must know;
I LOVE YOU GUYS!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

now, im gonna post a few picture of mine while doing the project. as u know im a textile student, so the basic thing that i learned ;resist also known as batik, printing, and fiber (weaving) which is makes my patience going upside down. how is that heh?
memang, dalam proses pembelajaran semasa saya di Machang , kesabaran saya sangat diuji. tambah2, saya ni orangnya sangat 'penyabar' jadi bila dah menjadi sukar bertambah2 'kesabaran' saya. hehe.

so, here's some pic :


this is my final layout for printing.
( motif : baba nyonya's porcelain, its kinda 'kosong' at the b.ground sebab nak buat technique tapi last2 tak jadi)


this is called ; opaque technique


bentang kain; setelah siap proses expose frame.
nak print pulak. :)

*sorry tak attach banyak gambar sebab nak jimat space :P *


this my 4 meter fiber project.


resist ; batik

semasa diploma show, kami semua diminta untuk menggantung dan mempamerkan hasil karya2 kami. and this is mine. :D

*actually taklah cantik mana pun*

i combined all the pieces of my work project.
its kinda 'malulah' for me, showing it to people. haha.
yela, my work taklah gempak mana.
so, here it goes. :D

and ya, i attached some my friends pieces here :D


salwa's

iman's

tipah's

-------------------------------------------------------------------------------
so, i guess i'll end up the post with the pic of me and friends on our pre-grad dinner's nite.







okay, that's all.
assalamualaikum. ^^

Monday, June 28, 2010

marathon movie.

salam.

semalam saya, cik shila dan adiknya, ifa pergi ke jaya jusco bukit raja untuk marathon movie. namun ada kisah sebelum kami pergi ke jaya jusco. begini ceritanya ; saya yang telah berjanji dengan cik shila untuk mengambilnya jam 9.30 am. tapi 10.15 baru sampai dirumahnya. maaf cik shila! hehe. mulanya saya diamkan saja tetapi nenek saya telah memecahkan rahsia
mengapa kami lambat. sebabnya saya mengambil masa yang lama untuk meng'touch up' muka. yela,after all dah lama tak menyentuh make-up stuff tiba tiba ada rasa nak make up, hah! setengah jam depan cermin. pakainya eye liner aje. haha. mianhe cik shila. :D

baiklah, setelah kami sampai di jaya jusco kami terus naik ke 2nd floor untuk membeli tiket. mulanya merancang nak tengok toy story 3 dahulu tapi disebabkan full, kami pun membeli tiket the karate kids dahulu dan di susuli toy story 3. ingat kan dua tiket tersebut rm22, tapi disebabkan early bird- the karate kids cuma rm7 and toy story normal price. yeay! save money. hehe.

after membeli tiket, kami pun berjalan ke food court untuk mengisi perut. borak punya borak siap membeli popcorn bagai kami dah terlewat 5 minit cerita awal the karate kids. haih. nasib baik awal cerita tak ada apa sangat. *wink*.

tengah syok tengok cerita ni, tetiba ada pulak bau yang tak menyenangkan. pandang punya pandang,rupanya kakak sebelah saya punya mulut ada baulah. alahai~ sadis betol. dahlah ada bau yang tak best, kakak ni buat drama pulak. dok menangis bagai siap terlap-lap mata. saya pun mula mengengsot ke cik shila. cik shila dah pelik kenapa pulak saya ni makin ketepi. bertolak2 manja kami dalam cinema tu. haha, macam2! last2 saya tutup hidung pakai tangan. nasib baik gelap, kalau tak mesti kakak sebelah tu terasa.

berbalik kepada movie-the karate kids itu, saya bagi two thumbs up sebab jaden smith memang pandai berlakon. just like his father. and paling saya suka reaction muka dia. comel sangat ♥
apa apa pun, memang best lah. kalau sesiapa yang belum tengok, saya cadangkan anda pergi tengok. :D



dan ya, bila saya tengok cerita ni saya teringat yang the karate kids tahun 1984 punya kalau tak silap. hero; daniel larusso yang memang pujaan hati masa kecil dulu. haha, tak tahu kenapa minat sangat sebab dia handsome la kot. hehe. tak silap saya ade sekuel dia yang heroinnya-perempuan jepun (saya tak ingat namanya. sekuel yang ini saya lebih minat. dan tadi saya research gambar 'daniel' tu, dah tua rupanya dia. macam tak percaya je. haha. :D


daniel larusso - pelakon pujaan saya semasa kecil dahulu


baiklah, seterusnya toy story 3. best, tapi ending cerita ini agak touching sedikit. maaf, saya tak menangis ye! hehe. saya memang bukan pegikut toy story, tapi toy story kali ni memang ada moral valuenya. sebab apa yang saya faham- woody walaupun tuannya-andy dah lama tak bermain dengannya sebab dah besar; masih setia dan masih menyimpan harapan agar andy masih boleh bermain dengannya dan rakan2 yang lain which is woody tidak mudah putus harapan dengan cepat. dan woody juga mempunyai sikap setia kawan- tidak melupakan rakan2 yang ditimpa dalam kesusahan. dan paling tak tahan ialah buzz lightyear apabila ditukar 'mode'nya.
nak tahu lebih lanjut, pergilah tengok. best best best.



selepas kami habis ber'movie-movie'an, kami pun meronda satu jaya jusco. ahh, tidak!
saya pantang nampak tulisan SALE, memang rasa nak beli aje. tetapi memandangkan duit yang ada perlu disimpan untuk masuk semester baru ni, saya tahankan aje. kalau saya keluar dengan acu saya, memang saya grab aje. hehe. takpelah, sabar sabar.

ape ape pun hutang movie untuk cuti sem ni terbayar. sekali dua kau! haha. cik shila kata lepas ni, movie marathon lagi lepas semua habis. sampai malam ber'movie- movie'an. hehe. tapi sebenarnya saya sedkit hampa apabila twilight:eclipse hit cinema on 8th july. tidakk! kenapa keluar time saya dah balik pekan koboi?
sedih sedih. takpelah, takde rezeki nampaknya. yang penting, saya akan cari juga twilight nanti bila dah balik shah alam. hehe.

baiklah, Assalamualaikum :D

----------------
Now playing: CN.BLUE - Love
via FoxyTunes

Tuesday, June 22, 2010

seni itu indah.

salam.

entry kali ni berkaitan dengan apa yang kos yang saya ambil sekarang ini, iaitu Senilukis dan Senireka dan major yang saya ambil; TEKSTIL. baiklah, seni ini apa yang saya pelajari SANGAT luas skopnya. kebanyakan benda yang anda lihat sebenarnya berkaitan dengan seni. seperti contoh yang anda semua boleh lihat dalam kehidupan seharian anda ; baju. di baju anda pasti mempunyai corak dan corak itu datangnya hasil ciptaan seni tak kira secara digital atau manual. betul tak?

ingin saya katakan tak semestinya bila seseorang itu mempelajari seni akhirnya tempat dia di tepi jalan sebagai pelukis jalanan. mungkin itu jalan yang dipilih untuk berdikari dan jangan anda pandang mereka tiada pendapatan tetap. ada diantara mereka telah diambil oleh sesuatu pihak untuk hasilkan karya bagi pihak tersebut dan mereka dibayar ribuan dan ada yang mencecah puluhan ribu untuk sesuatu karya. dan ia sememangnya benar. dan golongan ini selalunya graduasi dari luar negara dan sudah pasti mentor- mentor mereka merupakan ahli seni yang dikenali dunia.

seperti yang saya katakan seni itu itu SANGAT luas skopnya. contohnya ; seni halus (fine art- kebanyakan lukisan frame), seni tekstil ( kain-kain yang anda pakai tu ) seni logam halus - (fine metal-logam seperti contoh rantai,gelang,brooch), seni grafik ( dah namanya grafik mesti guna komputer), seni fotografi ( untuk ambil gambar pun perlu ada perspektif ), senireka industri ( industrial design - rekaan perabot rumah, rekaan bentuk kereta datangnya dari bahagian seni ini ), senireka fesyen ( fashion design - rasanya semua tahu pasal benda ni ), seni seramik ( jubin,pasu datangnya dari bahagian seni ini) dan bermacam-macam lagi jenis seni kalau nak diikutkan.

sebenarnya saya paling tak suka bila ada perspektif yang mengatakan seni itu tiada 'future'. hey, come on lah! dunia dah maju. bukak sikit mata. sekarang ni apa aje yang tak berkaitan dengan seni. contohlah kan dekat shah alam ni ada i-city yang semua sibuk pergi waktu malam. cuba tengok pokok- pokok atau haiwan yang man-made itu. dalam seni ia dipanggil sculpture. jadi anda dapat lihat seni itu ada dimana-mana. cuba lihat ini :
dan ini : pokok dan kaktus itu dipanggil SCULPTURE.

(credit to : cik shila dan cik kyla sebab ini gambar mereka) :D

dan bukan hendak saya banggakan tapi ini adalah realiti bahawa beberapa orang pelajar sekolah saya dahulu mengambil jurusan seni fesyen di UiTM Perak sedangkan semasa di sekolah dahulu mereka pelajar elektif sains tulen .dan ya,itu adalah fakta.

baiklah, di dalam perspektif islam juga kita dapat lihat seni itu pada al-quran seperti contoh seni khat. seni khat juga terdapat pelbagai jenis sepeti contoh khat sufi' dan sebagainya. selain itu ada juga dapat lihat senireka bangunan islam seperti contoh masjid,mihrab,kubah. sejujurnya saya AMAT mengagumi seni islam kerana semasa mempelajari tentang sejarah pembinaan masjid di serata dunia; setiap satunya mempunyai sejarah. dan saya cadangkan untuk klik disini dan juga disini untuk melihat kecantikan seni bina islam ini,
dan disini saya kepilkan gambar seni bina yang amat saya kagumi tiap kali melalui disini:


Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

dan juga ini ( sebabnya ada impian nak pergi sini ):


Masjid Sultan Ahmed, Istanbul, Turki

dan disini saya mengharapkan anda diluar sana untuk membuka mata dan membuang tanggapan negatif bahawa seni ini tiada 'future' sedangkan seni merupakan salah satu kepentingan dalam hidup bagi setiap insan. dan jika anda dengar ahli keluarga/rakan/jiran mendapat tawaran pelajaran dalam jurusan seni,janganlah dipandang sinis. sepatutnya anda merasakan bersyukur kerana masih ada manusia berdaya kreatif dan mana tahu mereka merupakan tonggak dalam usaha memajukan negara. insya-Allah, saya juga berharap saya dapat menyumbangkan sesuatu di dalam bidang seni ini suatu hari nanti.

Assalamualaikum. Peace! :D

----------------
Now playing: 애프터 스쿨(After School) - 뱅(Bang)!
via FoxyTunes



Sunday, June 20, 2010

tag yang kedua.




thanks cik shila
sebab bagi award. =P

Write 5 interesting facts about the person who gave you this award
1. Gila Korea! semua fact dia tahu dulu. :D
2. Bawak kereta pakai 'P' padahal dah lama habis.
3. Naik hangin bila orang kata dia 'Batu Api' tapi lepas tu cool balik. kan kan kan?
4. Ada je gosip kalau jumpa dia. *maaf! korea sahaja*
5. Pandai mekapkan orang padahal dialah orang paling ngelat nak pakai mekap.

Jot down 5 interesting facts about yourself of your hobbies
1. Online sepanjang masa. tak boleh tinggal. pantang ada masa.
2. Suka sketch baju yang kebanyakan idea semua dtg ketika pakai towel.
3. Tidur. Paling suka *haih, bila la nak ubah tabiat ni?*
4. Kumpul barang. tak kira la apa. sekarang ni jam. :D
5. Menyakat! hobi ni tak boleh tinggallah. :D

Pick your 5 deserving receipients and describe them
1. Alamak! sapa aje ye? follower pun tak ramai lah. hehe. tapi saya dah describe orang yang bagi saya award ni.




----------------
Now playing: Super Junior - 나쁜 여자
via FoxyTunes

Saturday, June 19, 2010

suka. ^^

salam.

sebentar tadi saya berjalan-jalan dengan keluarga saya ke Endah Parade which is saya tak tahu mall itu berada di kl atau selangor. tujuan saya pergi ke Endah Parade adalah untuk menemani serta memberi sokongan kepada pakcik saya untuk bowling tournament bersama staff syarikatnya. seriously,lama sangat pakcik saya tak training bowling sampaikan setiap balingannya dah tak kick macam dulu. asyik spare saja,kalau dulu asyik strike saja. mungkin sebab dia dah pindah kemaman,and tempat nak train bowling pun jauh plus dengan takde masa menyebabkan score dia pada 1st game agak sedikit 'kureng'. tapi selepas 2nd and 3rd game dia banyak kali score strike. yes! :D

sementara dia main bowling, saya and makcik + lisa + athea pon ambil la gambar. saje menggedik! hehe.


while my uncle pula :


nak main bowling,memang taklah. dah la full lane, kalau dapat pun sure kena gelak sebab yang main confirm terror. hehe. so, hanya duduk tepi while watching them playing. ^^

tapi yang membuatkan saya suka hari ni adalah kedatangan seseorang dekat situ.
tak tahu kenapa. bila nampak dia saya buat macam tak nampak. haha. saya memang macam tu. tu sebab orang kata saya ni sombong, padahal malu nak tegur. :D
*people called it arrogance,but i called it confidence*

p/s : En. N, saya harap saya dapat jumpa awak lagi! :D

Friday, June 18, 2010

cerita hari ini

salam.

sepatutnya saya mulakan cerita ini dengan reunion yang telah saya hadiri pada ahad lalu - 13 jun 2010. tapi, disebabkan gambar yang telah saya download tak menjadi dan malas untuk menaip,saya cadangkan anda klik disini untuk mengetahui apa yang telah saya lakukan pada hari reunion itu.

baiklah, bersangkutan dengan cerita itu salah seorang rakan saya iaitu cik shila telah menetapkan hari untuk kami keluar bermain boling dan sesi photoshoot sekali lagi. memang seronok lah tadi. biarpun ramai yang menanya mengapa kami tak pergi waktu malam, jawapan saya; SESAK! lagipun view waktu siang pun agak menarik. cuma panas sahaja.

ini ada sedikit photo yang sempat kami ambil, dan saya suka gambar ini.



setelah puas mengambil gambar, cik shila pun meng'drop'kan kami di seksyen 2 kerana beliau perlu megambil adik dia. sementara menunggu, kami bertiga iaitu cik kyla,cik myra dan saya menikmati air batu campur (abc) yang tinggi menggunung. hah, sampai SENAK PERUT okay!. setelah habis, cik shila mengambil kami semula dan behenti di rumah saya pula. dan selepas itu kami gerak semula ke Ole-Ole untuk melangsaikan hutang cik shila terhadap cik kyla. hutang boling! :D

sebenarnya dah lama saya tak main boling. berkarat dah pun. (padahal tak tahu main)
kami bermain 2 game dan yang paling saya tak sangka, cik myra yang selama ini diam tak main boling tiba-tiba main boling macam dah lama main boling! wah, *myra- bakat terpendam nampak!* :D
memang seronok la keluar tadi. bila dah lama tak main boling, sekali main MASUK LONGKANG. hehe ^,^

setelah habis main boling,kami berlegar-legar sebentar di Ole-Ole sebelum melabuhkan punggung di kereta sampai tunggu masa nak kena hantar balik oleh cik shila. anyway, thanks cik shila sebab sanggup ambil dan hantar :D *memang kerja dia pick-up orang aje*

baiklah. sampai sini saja saya rasa. sebab ada lagi kerja design yang perlu saya lakukan sebelum pulang ke kampus. Assalamualaikum :)

Thursday, June 17, 2010

pertama kali di tag.

Firstly:

i)Thank and link the person that tagged you

Terima kasih Cik Shila kerana memberi saya tag ini. ini pertama kali saya mendapat tag. :)

ii) Tag 10 bloggers you’ve recently discovered and think fantastic

alamak, follower saya pun x sampai 10 orang. macam mana nak tag? -_-"

iii) Contact that blogs and let them know they’ve been tagged

jawapan atas pun belum selesai,sekarang ini pulak? -___-"

iv) State 7 things bout yourself

baiklah. saya cuba apa yang terdaya :)

1) seorang yang mempunyai perangai 'hangat-hangat tahi ayam' sebab suka merancang bukan main, tp nak laksana payah. :/
2) seorang yang bercita-cita untuk mempunyai butik sendiri dan label sendiri. :)
3) nampak 'sombong' bila jumpa orang baru yang dikenali. itulah persepsi setiap rakan yang mengenali saya,semua sama je jawapan.
4) suka buat kerja lambat. lagi lagi bila nak final, haa kau! kelam kabut. tapi alhamdulillah, semua result okay :D
5) boleh mekapkan orang tapi bila nak mekap sendiri, tak pandai. hampeh!
6) sangat suka berangan. itu benda paling penting yang anda patut tahu.
7) dan mempuyai daya imiginasi yang tinggi. sebab suka membayangkan benda2 yang pelik tapi kelakar.

The Second:

1) Adakah anda happy sekarang?

ya. sebab baru balik dari meronggeng, jadi saya happy!

2) Kenapa anda happy?

ronggeng la. hehe.

3) Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?

bila sesuatu benda yang saya plan menjadi.

4) Pernahkah anda menerima tag?

inilah first time saya dapat.

5) Nyatakan warna yang anda suka?

hijau,kuning,hitam. kadang2 saya suka warna yang ceria dan menyerlah.

6) Beritahu 9 orang yang anda mahu tag

alamak, boleh tak kalau taknak tag? sebab malas. hehe :D

7) Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag

kalau saya taknak tag,buat apa saya nak tulis kan? :D

lamanya tak jenguk!

salam.
wah! lamanya x singgah kat blog. hehe, bukan apa, bila malas melanda tak boleh cakap apalah kan. anyway, i'll try to update as long as i can yer cik kyla!

anyway, sekarang saya ingin menggantikan penggunnan bahasa pengganti diri yang selama ini saya gunakan dari 'Aku' kepada 'Saya'. bukan apa, rasa lebih sopan. hehe.

baiklah. sekian saja. peace :D

Friday, December 25, 2009

anneyeongaseyeo~

bye fung. tu last word aku cakap kat dia.
sebelum dia fly pergi sabah.
hmm. bila agaknya dapat jumpa dia lagi. :(

ahaha,seriously rasa sangat kosong since he left. and i don't know why.
chiicha!!

hmm. hari tu -18 disember 2009.

pagi tu aku dapat msg dr fung, dia cakap dia nk bertolak dr terengganu ke kl which is lcct. sebelum tu,aku ada pesan kat dia yang aku tak dapat janji dtg sebab transport. dia kata dia bertolak awal and maybe sampai kat lcct dalam 2-3 pm.

so,aku pun berfikir. dan bertanya kat wan if boleh tak kalau aku pergi jenguk sekejap. mula2 wan tak bagi. and kebetulan mak ngah ada kat situ sebab tgh tolong wan masak sebab ada kenduri doa selamat. dia ckp dia boleh ambil aku balik tapi pergi lcct sendiri naik public transportation. alhamdulillah.

aku pun text tanya nk aku dtg ke. dia ckp kalau boleh dtg la,sekejap pun jadila. aku tak sampai hati sebab takkan nak biarkan macam tu je. dia pun pernah dtg rumah acu malam2 buta sebab nak jumpa aku. so,takkan aku takleh buat macam dia. so, i decided to go see him.

aku sampai lebih kurang 5 pm kot. ahaha,masih teringat dia teasing aku masa dapat call lepas turun bus. dia dah nampak aku dulu,aku je yang tak nampak dia. ( smiling )
dalam call pun,boleh usik aku lg. fung fung :)

sampai2 dia ajak aku pegi teller,kami pun jalan. dia cakap yang farah which is ex dia and kawan aku masa kat plkn akan dtg ngan mak dia. aku pun cam agak terkejut. sampai aku banyak kali ckp kat dia yang aku nak balik. tp dia tak bagi. bukan apa,aku tak nak orang ckp benda bukan2. terutama farah,sebab dia kawan. aku tak nak nanti dia fikir kami ni ada apa2 sedangkan aku and fung hanya kawan. kita tak dapat halang apa yang orang nak cakap and fikir pasal kita. hmm.

lepas farah dtg,aku macam diam je. ahaha. lama tak jumpa agaknya jadi macam kekok sikit. fung perasan,and dia cakap sory. hey,there's no need to be sorry for. dia kan kawan xaty jugak?

so,kami pun borak2. lama sikit lepas tu, aku n farah pun take a walk. kami jalan2 tanya khabar. n yaa,aku terlupa nak bawak gift utk fung. sebab tak expect nak dtg hari tu. kami pegi shop and aku belikan chocolate utk fung.

hari makin gelap. aku pun text kat mak ngah suruh ambil pukul 8pm. aku tak nak lama2. ntahla,rasa sedih nanti. and aku bg farah,fung lebih masa utk communicate. yela,mana tahu kot diorang ada benda nak ckp ke. takkan aku nak menyebok kan?

after ambik gambar semua,aku mintak diri nak chow. fung temankan sampai kat depan. sambil tu still cakap sory. ahaha,xde papela fung. xaty okay je. na genchanna~ :)
sebelom kami berpisah,kami ckp2 sket. biasa la,sory,gud luck semua camtu.

lepas 20 mins, fung text ckp thanks sebab dtg. dia ckp dia text aku balik bila da sampai kota kinabalu (kk). so,aku pun tunggu text dia. dari pukul 12 am till sampai esk pagi. takde msg. hmm. maybe dia lupa kot. and aku mula rasa kosong. sebab tak tahu nape. and aku decide utk text dia. there's still no msg from him. :(
just hoping that he will be fine je.

and ya semalam-24 disember 2009.

aku dpt msg dr fung. lepas sejam dia hantar sebab aku tak perasan phone ada message.
omg! ahaha. hidup lagi rupanya. ahahahaah
dia cakap dia x balas msg aku sebab sengaja nak buat aku rindu kat dia. ahaha, yes,u got me. fung fung :) selalu suka buat xaty macam ni. dush dush! ahaha.

hmm,ntahla. mmg serious sgt rindu kat dia. ntah bila dapat jumpa lagi kan? and aku sangat menghargai pertemuan kami masa di kemaman. lepas ni hanya dapat calling je la. cuma aku berharap dia kat sana selamat and sihat sejahtera and tak lupakan aku and yang lain2 kat sini. anyway gud luck fung! (tears)

-anneyongaseyeo-

lepak lepak.

ahaha. 6 disember aritu aku pergi umah kyla. fareha pun ada.
lamanya tak lepak sekali. ahaha,last aritu x silap g main boling kat sec 18.

haa,kau! sekali jumpa macam2 gosip keluar. tapi bukan gossiping lain ye,cuma korean stuff camtu. ahaha,nak buat camne. kpop lover.
time tu tukar2 cerita,lagu best gak. ahaha dr pukul 11 lebih sampai pukul 5 camtu.

anyway,mmg having a great time la! thanks. harap2 lepas ni kita leh jumpa lagi. :)
p/s: saranghamnida!!



sory guys,aku suka gambar ni. sebab korang ikut ckp aku. and aku rase korang nampak comelll. :)

bukan cuti kosong.

hmm.

inilah aku. sangat malas nak meng'update' blog.
agak2 cerita dah basi barulah aku post. ahaha.
tak boleh hilang tabiat ni.

well,cuti kali ni aku duduk rumah saja. nak buat part-time,mau kena haruk ngan wan.
cuti kali ni ade perubahan sikitla. tak banyak mana pun.

cthnya: bgn pagi lebih awal
mkn pagi pun awal sikit.
kemas rumah pun awal sikit.
tido pun awal sikit.
belajar masak kuih


ahaha,macam tak percaya aku masak kuih. kuih keria,custard jagung,onde onde (buah melaka) and ape2 je yang wan ajar. seriously,lama aku tak pegang senduk,kuali,periuk,dapur since aku masuk uitm. yela,mane nak dann masak kolej kan. lama2,terkubur pengalaman masak.

tp kali ni,aku belajar masak sikit. ambil ilmu katakan. ahaha.
cuma aku harap,pengalaman ni tak jadi hangat2 tahi ayam. sebab aku ni mmg jenis orang yang macam tu. ahaha.

anyway,thanks wan! sebab sudi ajar nabila masak. :)
p/s: psstt! wan,lepas ni bolehla cucu wan kawin kan? (gataiii)

Sunday, December 6, 2009

si buah hati pengarang jantung.

si kecil ini. membuat hati aku berdetik mengira waktu.
mengira waktu bilakah akan bertemu?
melepaskan rindu yang terbuku.

ah! si kecil ini pandai mengambil hati.

wan nur athea, nama yang sering buat aku merindui dia.
" athea, along rindu sgt ngan athea ni. bila nk jumpa yaya ni?", getus hati aku.

hati ini membilang hari.
satu hari pasti akan bertemu lagi.
ya,satu hari nanti dan aku pasti. :)

p/s: rindu.rindu.rindu. (athea,acu,auntie). jaga diri kayh! nabila sentiasa mendoakan yang terbaik untuk acu sekeluarga.

Saturday, December 5, 2009

si bijak.

aha. si bijak ni.
perasan x entry sebelom ni xde dah?
aku la yang delete.
'ter'delete sebenarnya. haih. bijak bijak.

masa tu semua sibuk nak keluar pegi makan, aku pon sibuk la tekan sana tekan sini.
last2,masa wan tgh ckp ngan aku sampai aku leka,tup2 dah terdelete.
ahaks. bijakkan?