Friday, June 18, 2010

cerita hari ini

salam.

sepatutnya saya mulakan cerita ini dengan reunion yang telah saya hadiri pada ahad lalu - 13 jun 2010. tapi, disebabkan gambar yang telah saya download tak menjadi dan malas untuk menaip,saya cadangkan anda klik disini untuk mengetahui apa yang telah saya lakukan pada hari reunion itu.

baiklah, bersangkutan dengan cerita itu salah seorang rakan saya iaitu cik shila telah menetapkan hari untuk kami keluar bermain boling dan sesi photoshoot sekali lagi. memang seronok lah tadi. biarpun ramai yang menanya mengapa kami tak pergi waktu malam, jawapan saya; SESAK! lagipun view waktu siang pun agak menarik. cuma panas sahaja.

ini ada sedikit photo yang sempat kami ambil, dan saya suka gambar ini.



setelah puas mengambil gambar, cik shila pun meng'drop'kan kami di seksyen 2 kerana beliau perlu megambil adik dia. sementara menunggu, kami bertiga iaitu cik kyla,cik myra dan saya menikmati air batu campur (abc) yang tinggi menggunung. hah, sampai SENAK PERUT okay!. setelah habis, cik shila mengambil kami semula dan behenti di rumah saya pula. dan selepas itu kami gerak semula ke Ole-Ole untuk melangsaikan hutang cik shila terhadap cik kyla. hutang boling! :D

sebenarnya dah lama saya tak main boling. berkarat dah pun. (padahal tak tahu main)
kami bermain 2 game dan yang paling saya tak sangka, cik myra yang selama ini diam tak main boling tiba-tiba main boling macam dah lama main boling! wah, *myra- bakat terpendam nampak!* :D
memang seronok la keluar tadi. bila dah lama tak main boling, sekali main MASUK LONGKANG. hehe ^,^

setelah habis main boling,kami berlegar-legar sebentar di Ole-Ole sebelum melabuhkan punggung di kereta sampai tunggu masa nak kena hantar balik oleh cik shila. anyway, thanks cik shila sebab sanggup ambil dan hantar :D *memang kerja dia pick-up orang aje*

baiklah. sampai sini saja saya rasa. sebab ada lagi kerja design yang perlu saya lakukan sebelum pulang ke kampus. Assalamualaikum :)

4 comments:

  1. wah! teruskan usaha! n thanks link blog aku. wahahahaa

    ReplyDelete
  2. hehe. baiklah. akan kucuba memperbaiki tulisan ku ini :D

    ReplyDelete
  3. ahaks! tak mengapa teruskan menulis blog. ekeke ;D

    ReplyDelete