Saturday, November 27, 2010

kerjaan ya pakkk~

As-salam. saja nak menyinggah di blog. haha.
oh ye, saya dah mula berkerja. tapi part time sahaja, sebabnya kalau ada rezeki, nak sambung study lagi. -insya-Allah,mintak2lah dapat offer degree nanti.

okay, kerja2 biasa aje pun. kat supermarket.
kat mana? jgn tanya, kalau nampak pun buat2 diam ye. haha.

so far, okay lah. staff semua okay,baik dan sangat helping. tak kedekut ilmu. kira okay lah! :D
yang menjadi masalahnya, ialah customer. .

ya, saya tahu 'CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT'. tapi kadang2 anda, maksud saya anda itu ialah customer ; anda juga janganlah banyak ragamnya. kalau tak puas hati ke apa, jangan nak terpekik terlolong dekat kaunter. adukan saja kat CUSTOMER SERVICE. apa guna CUSTOMER SERVICE kalau anda tak guna. so, bila anda nak mengadu ,membebel sampai ke pagi esok pun boleh. adukan saja kat CUSTOMER SERVICE.

bukan apa, jika sebab anda, queue boleh jadi panjang, and kesian customer lain. dan ya, kesian jugaklah kat cashier. malu lah dia. cuba anda jadi kat tempat dia. dah kerja berdiri, sorang2 masukkan barang dlm plastik untuk anda ( saya tahu,mmg tanggungjawab cashier itu tapi bertimbang rasalah ; tolonglah sikit2 ) lepas tu berdiri mau 5 jam. maunya kalau yang part time, takde rehat langsung. anda ,anda ,anda dan anda sepatutnya ada rasa 'humanity' sikit, kalau anda marah2 cashier tu, anda dah malukan dia dan anda dah buat dia feel down. kan kesian kat cashier tu. cuba anda slowtalk dengan cashier tu, mesti cashier tu layan awak baik2. tapi saya tak nafikan la,kalau ada yang cashier kurang ajar tu, anda pun 'ajar' lah sikit. kira fair la kan.

baiklah saya nak ceritakan pengalaman rakan saya, S yang merupakan cashier. sama seperti saya juga. S dapat customer yang bapak gila berlagak macam datin. pakai spek segala (okay saya tau,itu hak dia - nak buat macam mana, dah terumpat pun kan ), bawak anak dia. anak dia nak beli bola, and bola itu kelihatannya agak kotor sedikit, takde barcode utk di scan- maknanya takde hargalah ( bukan salah cashier ye, cuba tanya pekerja yang in-charge bhgn itu ). nak di jadikan cerita, mak datin tu nak membayar lah, kalau sebelum nak bayar, check lah dulu kan item yang nak dibeli, elok ke tak. datang2 kaunter, dengan berlagaknya, sambil berkata, " eh, bola ni macam recycle lah, bola ni selamat ke? bola ni ada warranty ke? " S pun mcm terdiam, sambil menjawab, " saya tak pasti lah pulak puan " sambil meng-scan item mak datin itu. tup tup, tak dapat detect barcode sebab rosak. lepas tu mulalah dimakinya S tu. kesian S, tak tau apa2 kena maki. last2 tak nak beli. okay fine, tak nak beli takpelah, tapi jgnlah dimaki S nya itu. nasiblah S tu penyabar, kalau dapat yang cashier mulut pun agak laser jugak, memang bergaduh rasanya.

so, pendapat sayalah, kalau nak marah pun jgn lah maki2. semua orang kat situ tengok2, malulah kalau mcm tu. yang staff pun, lain kali jalankanlah tugas anda tu betul2. jgn jadi mcm kes S ni, check mana item yang tak elok- jgn dijual/betulkan balik kalau boleh, item yang takde barcode- tampal barcode, item yang tak disusun- susun betul2-memudahkan customer untuk mencari barang and so on, ni tak pasal2, dia pulak yang kena. kalau semua ada kerjasama, everything will go smoothly. takkan ada masalah punya. insya-Allah. :D

baiklah, sekian saja dari saya.
Assalamualaikum :D
p/s : BOLA ADA WARRANTY KE? i was like, huh?? =_="


2 comments:

  1. x educated. ingat ni barang elektrik ke nak waranty segala bagai. ahaha. kelakar....

    ReplyDelete
  2. haha. mmg pun. nak kata bodoh tak baik, senang kata kurang bijak la. sopan sikit. haha

    ReplyDelete