Thursday, January 19, 2012

Gigiku Dah Berbesi.

Assalamualaikum.

Okay, straight to the point. Sape pakai braces ?
Sila angkat tangan dan letak ke perut sambil tepuk. Yeay! Kita sama. -_-'

Saya secara officialnya menjadi si pemakai braces pada 5 jan 2012 . Sememangnya impianku untuk menjadi si gadis bergigi besi. Padahal orang lain sibuk tanak pakai, aku yang terhegeh-hegeh nak pakai.

Saya pakai bersebab. Gigi saya sememangnya tumbuh way beyond control. Do you know what is that mean ? Gigi bersimpang siur. Serious bad appearance la. Nak makan pun berhati-hati, sebab makanan mudah terselit. Sedih kan ?
Dan ini secara automatik, telah menjatuhkan confident saya untuk berkomunikasi dengan orang lain, kadang kadang kawan pun ada buat bahan pasal gigi saya, sedih gila T_T . Yela, bukan kita nak gigi tu tumbuh jadi macam tu.

Tapi saya tak putus semangat. Mulanya bercadang nak pakai masa diploma kat Machang lagi, tapi nak ulang alik Shah Alam-Kelantan memang buang masa, duit ! Pernah dalam sebulan tu, tiap minggu saya balik hanya disebabkan appointment ngan orthodontist tu. Tapi, bila kita sampai sana, dia ade hal. ohhh, sabar jela!

Dan segalanya start balik masa saya dah sambung degree kat Shah Alam. X ray, moulding semua dah pernah buat masa diploma itu hari, So, dah save masa sikit. Masa kat sini (Shah Alam) cuma pasang separator - untuk jarakkan gigi (seminggu), pakai band (nearly a month) lepastu cabut gigi 4 btg! peh, rongak gue.

Dan, bermulalah episod si pemakai braces ini. Serious mula mula pakai memang tak sakit, lepas 2-3 jam, rasa sengal, sebab gigi dah ada contact dengan wire tu. 3 hari awal, memang hazabbbbbb nak makan. Yang mampu makan bubur je.
Tapi lepas 3 hari tu, alhamdulillah dah boleh makan nasi, tapi untuk benda benda keras,liat nan hado yang masuk tekak. Lepas seminggu tu baru boleh makan biasa sampai hari ni.

Biasalah, pakai braces ni memang agak leceh, sebab lepas makan memang nak kena kumur. makann mudah melekat kat bracket. So, dalam sehari tu adalah 3-5 kali saya gosok gigi. Ni pun braces dah macam longgar, kira agak cepat jugaklah reaction gigi saya ni.
And next appointment ni, bulan february. Rasa macam tak sabar sebab nak tukar color and nak tgk perubahan gigi.


*PINK and TEAL - my first color of braces*

p/s : ada cadangan tak untuk next color ligature ni ?

Tuesday, January 17, 2012

2012.

Assalamualaikum.

Ya, last update : 13 may 2011. Maaf ye readers, terus terang cakap malas dan bizi dengan hal duniawi.
*Readers? oh kau memang perasan !

Alhamdulillah, ini adalah pencapaian pertama untuk tahun 2012 dalam bulan januari.
Entry pertama untuk 2012. Dan ya, saya tahu terlalu lambat untuk update, orang lain sibuk update pung-pang-pung-pang awal tahun masihi itu hari, saya masih terkedek-kedek baru nak update entry. but who cares ? #likeabawse.

Okay.Alhamdulillah setakat ni Allah masih memberi saya kudrat untuk bernafas, memperjuangkan nasib/takdir yang saya sendiri taktahu, dan segalanya begitu bermakna buat diri saya. Sebab saya masih dikurniakan keluarga yang begitu penyayang, sahabat yang memahami, kawan-kawan yang baik. Syukur ahamdulillah.

Azam 2011 tecapai? Tak. Takde azam pun. Tapi ada goal. Eh goal dengan azam tu bukan sama ke ? Oh, sama ke ? Eh, ade ade. 2011 merupakan tahun saya berjaya membuat lesen. hoyeah. dan alhamdulillah, pointer yang bagi saya sangat memuaskan. :)

Hmm. permulaan 2012 bagi saya amat memuaskan. Awal-awal tahun dah pergi bercuti dengan gembira bersama keluarga ; tanpa perlu risau aasignment yang dah awal-awal hantar, sambung lagi pergi kutip buah dekat kampung nenek dan berpesta makan buah , awesome ! Lepastu, hajat lama baru terbalas ; nak pakai braces. Everything goes smoothly. Alhamdulillah.

Harap-harap ia berterusan hingga ke akhir tahun dan begitu seterusnya.
Insya-Allah.

P/s : Azam tahun ni ? nak kahwin cepat boleh ? pfft.


Wednesday, May 18, 2011

finally, hari graduasi ku ! alhamdulillah.

Assalamualaikum.

Lama tak menggodek blog ni, sebabnya final menjengah, lalu hari graduasi pun bakal menanti. Jadi tangan pun tak cukup nak kejarkan mana satu yang patut diselesaikan dahulu.

Anyway, selepas semua perkara di atas telah selesai dengan jayanya, maka blog juga harus diambilkira. Apa yang dibebelkan pun saya tak tahu.

Pada 13 Mei 2011 lalu, saya dengan officialnya telah menjadi graduan UiTM yang memegang Diploma Senilukis dan Senireka ( Senireka Tekstil ) ; well as stated on my certificate. Finally !
Alhamdulillah syukur yang teramat dengan segala payah jerihnya, akhirnya berjaya juga saya harungi dengan tabah dengan sokongan keluarga dan juga rakan seangkatan. *ayat nak muntah boleee?* hahah

Tapi, memang betul pun. Tanpa mereka2, saya tak mungkin habiskan diploma saya dengan jayanya. Dan alhamdulillah, saya juga berjaya mengumpul satu bintang dari tiga bintang. CGPA pun 3++. Jadilah, dari takde kan.

Rasa macam tak tahu nak update ape dah. Because the pictures will story everything.
So, i'll just attached the pictures je lah ye !



* me and friends before entering the hall *


* ala, nak menggedik kejap bole?? *


* this is my classmate from the first semester till my last semester - Tipah *



* teman seangkatan ; dari kiri : Lina, Bella, Ida


Masa dalam dewan tu, bercakap aje kami ni. Yelah, lama kot tak berjumpa. Bila jumpa balik, tau tau ade yang dah bertunang, nak kahwin dah, dan ade jugak yang tgh mengandung sebab lepas je habis semester terus nikah. Yang mengandung ni namanya Acik, dan gambarnya pula tak sempat nak ambil. Okay, my bad !



--------------------------------------------------------


And what makes me happy on that day, my both bestie are there for me, cheering for me. Only God knows how much i love'em.

* this is Aen , my bestie since national service *



* and this is Eryn ; also my bestie *




* mom & grandma : my inspiration. without 'em i dont think i will grad officially on that day .
Terima kasih atas segalanya! *



* my classmate yang sengal : Eka. when will i meet u again ? :') *



* Eka with her sister. Sape yang grad pun aku tak tau lahhh. :P *


* Meet Mida and her family. We've (me and Mida) been friends since our first semester :) *


* biasalah, meet old friends kan, gambar harus di snap ! *

* feeling2 baling mortarboard, last2 jatuh kau jugak kena kutip *

Well, i guess that's it. Baaaanyaaak sangat gambar okeh ! Cukuplah sekadar apa yang ada.


And ya : TAHNIAH BUAT SEMUA KAWAN-KAWANKU ! Harap kita juga akan bertemu lagi suatu hari nanti jika diizinkan-Nya. Aku juga mendoakan agar kita semua berjaya menempuhi segala cabaran hidup dengan tabah dan mendapat pekerjaan yang bagus. Amin !

p/s : Diploma dah lepas. Lepas ni Degree pula menanti. :)

Assalamualaikum.




Sunday, April 3, 2011

award oh award :)


Assalamualaikum.

Hari ini saya nak jerit kuat-kuat sebab....





Saya dapat AWARD 100th follower dari cik fafa. *hnsf..hnsf..sambil kembang hidung dan tepuk dada, macam gorila* -___-

Ek ele, kecoh la lu der, ingat kan apalah td..ingat lu jumpa duit dekat semak ke, lu dapat emas terpijak ke.. caitt !

Ala biar ar, rase cam agak bangga kot. jadi follower yang ke 100. Rasa macam menang sukan lari 100 meter je ! rasa macam menang teka silang kata. ko hade??!

*tetiba monolog, maaf hee :P*

Dan beliau juga menyuruh saya mengambil tag. Dah orang bagi takkan tak amik. Haha.
Okeh, jom kita buat tag jom!


- apa pendapat anda tentang belog fafa ini ?

* sangat comel ! dah la kat banner ade Kyu Hyun and Kim Bum. argghhh, comel2 ! *


- fafa nh seorang yang kuat mencarut kea ? hehe

* haha, entahlah. saya pun tak berapa pasti. baru je mengenali blog kamu. rasenye tak kot. takpe, di atas kesempatan ini mari kita rapatkan silaturahim sesama umat blogger ye :) *


- adakah fafa seorang yang sombong ?

* kalau sombong takkan awak sanggup buat blog, ye tak ? orang sombong tak nak buat blog sebab die tak nak orang kenal die :)




Baiklah, sekian saja untuk post kali ini. Sebab penat berpesta durian tadi. hee :)

Assalamualaikum.


Saturday, March 19, 2011

hari cuti memang seronok.

Assalamualaikum.

Hari ini hari cuti.
What? Cuti? Oh yes! Semua orang sangat suka kepada hari cuti.
Begitu juga saya.
Hari ini hari jumaat, kebetulan malam semalam ada message mengatakan lecturer kelas saya tiada pada hari ini.
Jadi, YAHOOOO! hahaha.

Baiklah, bila cuti makanya kaki saya pun mulalah nak berjalan-jalan. Dan makcik saya, pula ada menyatakan hasratnya mahu pergi ke IKEA. Lantas mengajak saya. Saya pun apalagi, " OKAY, JOM! "

Setelah kami bersiap, bergerak , maka sampailah di IKEA. Mak aihh, ramainya orang! Tengok-tengok ada banner sebesar alam " SALE! " Oh, padanlah...

So, kami pun berjalan jalan sakan didalam IKEA. Dan item yang kami ambil hanya dua. Kedua-dua item pulak tak sampai RM15. Punyalah berjalan jauh, tapi item.. =_=' hahaha
Dan, tibanya kami di kaunter pembayaran, queue yang panjang tak hengat okehhh!
End up, kami pun cancel niat nak membayar, lalu keluar dari IKEA.

* i love the colors - sorry for the lighting, well fluorescent~*

Dan kami pun mula merayap kat The Curve. Keluar-keluar nampak Tutti Frutti.
Wah! best2. Macam orang tak pernah makan je, well memang tak pernah makan pun.
So, kelihatan agak jakun disitu. Hehe, i ni namanya je lahir kat Key Ell, tapi perangai macam orang asli.

Perut pun mula lapar, jadi kami pun mencari restoran.
Asam Pedas, nama restoran die. Ingat jual asam pedas aje, rupanya ade asam laksa, laksa penang semua lah.


*the restaurant*


*the view*


* waiting for her mother going somewhere*

So, saya pun mengambil menu order. Bukak-bukak sambil bajet harga RM4-7 per person ni, sekali RM 12 per person. Mak aih, mahei bebenor! Mungkin pada anda rasakan ianya murah, tapi bagi saya ia mahal sedikit (padahal ko beli mcd sampai 13 hengget tu hape??).
Saya order nasi lemak+daging rendang = RM9. Padahal mak cik Milah kat depan umah tu jual nasi lemak+kerang baru RM2.80. Pastu order pisang goreng 3 ketul dengan aiskrim satu scoop = RM5. Ni kalau beli pisang goreng dekat simpang tepi jalan tu RM2 dapat 6 ketul, pastu beli aiskrim vanilla yang tupperware tu je. Saya lupa saya ade dekat The Curve~~ padanlahh.
Chill la, banyak songeh la lu derrr. Haha. Lagipun mak cik saya belanja,so hehe. Terima kasih auntie! :)


* ta-daa! this is the RM9 nasi lemak *

Lepas makan kami pun berjalan2lah di dalam mall, nasib hari ni saya dapat kawal nafsu membeli saya, kalau tak memang penuh rasanya tangan ni nak mengangkut barang. Alhamdulillah.
Hari pun makin mendung tandanya nak hujan. Tapi sempat lagi saya singgah ke Tutti Frutti. Nak rase mcm mana yoghurt dia. Ahahaha.
Well,it says RM0.53 per 10gm. So, i was like, " Murahnya! "
Weh kakak, lu tau tak 10gm tu berat die macam mana? lebih kurang berat satu sudu kecik je . Aduyaiiii, bakpolaa awok nii~

* Tutti Frutti *

Saya ambik punya ambik, siap topping gummy,strawberry, coklat syrup bagai sekali RM 24.65.
Haha, Yes! Tulah, memang tak hengat nak membayornya. Tapi takpelah, sekali sekala. First time lagipun. Lepas ni kalau masuk lagi, pastikan bawak penimbang siap-siap. Ahahha.
* saya bukan kedekut, cuma sedang merancang kewangan saya :) *

* mixi-mixo! *

Jadi kami habiskan yoghurt tu bertiga. Alhamdulillah. Hari pun dah petang, makanya harus pulang! Dan, alhamdulillah kami sampai kat rumah jam 7.30pm.
*penatnya macam orang yang drive pulak, padahal membongkang kat sebelah driver. cehhhh!*

*on the way back to home*
------------------------------------------------------------------

Oh ya, since i'm posting this entry, i want to wish 'Happy Belated Birthday' to my beloved cousin, Sarah.
She's 8 years old now. Rasa macam tak percaya je! Anyway,along nak ucap semoga panjang umur, murah rezeki, jadilah anak yang solehah, along sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Angah Shahril, Abang Syafiq, Lisa, Sarah, Elida, Athea dan keluarga kita semua. Sayang semua sangat-sangat! :)


* right : birthday girl /left : her younger sister*


* Lisa : Sarah's eldest sister. And Wawa ; cousin - their mom's side *
* Me ; cousin - their dad's side*

p/s : oh ya, forgot to mention. im in my progress to learning the photoshop. so sorry if the pic not really in hmmmph~


Baiklah, sekian saja.
Assalamualaikum :)

Monday, February 28, 2011

yeay. mari joinnnn!!

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Sunday, February 27, 2011

mimpi.

Assalamualaikum.
Ini merupakan post kedua buat hari ini.
Baiklah. Saya ingin menceritakan sebagaimana tajuk saya diatas iaitu mimpi.

Adakah anda-anda semua pernah bermimpi?
Tak pernah? Tipulah! Tak banyak, sikit tu mesti ada kan?
Sebab mimpi ni mainan tidur.

Begitu juga dengan saya, malam tadi saya bermimpikan sedang memancing ikan keli di kawasan yang hujan lebat/ribut dekat laut/sungai. Bolehkah anda membayangkan betapa susahnya nak memancing dalam keadaan sebegitu? nasib baik mimpi je! *fuh*

*lebih kurang camnilah saya bermimpi. eh eh, silap! bukan ni, ni day-dreaming. yang itu juga bukan saya ye.-harap maklum*

Jadi dipendekkan cerita, saya pun terjaga. Pada pukul **** pagi. Hehe!
Lalu dah siap mandi, saya pun bertanyakan tentang mimpi saya tadi kepada nenda tercinta.

saya : wan, tadi nabila (panggilan nama saya di kalangan keluarga) mimpi ikan keli.kalau mimpi macam tu apa maksud dia eh?

nenda : ikan keli? kau berputih mata ke?

saya : haa? putih mata apa tu?

nenda : ikan banyak kan? ala, ni mesti kes pasal lesen semalam tu.

saya : *masih tak faham* apa kaitan pulak ikan dengan lesennya ni?

nenda : yelah, kan semalam kau fail ujian tu, kan macam kecewa je.

saya : ohhh, kira terkilan la ni. *ohh, gitu rupanya*
habis tu yang mimpi hujan lebat tu macam mana pulak?

nenda : yang tu wan tak tau la pulak. wan bukan tau sangat tafsir mimpi orang-orang tua dulu.

Jadi perbualan kami habis disitu. Oh ye, berbalik kepada pasal lesen tadi. Sebenarnya saya telah gagal ujian komputer pada hari semalam (sabtu). Kecewa yang teramat kau tau tak!
Bukan saya tak baca, malah saya buat test kat rumah lagi. Pun dua kali gagal. Mana taknya, ayat dia berbunga sangat. Saya ni pulak, lurus bendul + straight je orangnya. Memang gagal la.
Sampaikan tak makan tengahari, punya kecewa teramat tuh! Hadoi yaii.
Relax la, ada orang tu sampai lapan kali amik ujian komputer kot! Kan boleh amik lagi. Jiwang la lu ni der.

*saya tak tipu, saya terdengar ade perbualan orang kat situ semasa berada di tempat ujian*

---------------------------------

Berbalik kepada mimpi saya tadi, saya pun naik ke bilik, lalu seperti biasalah. meng-google.
Dan terjumpa website tafsiran mimpi ni. Saya scroll punya scroll, lalu terjumpa yang pasal hujan ribut ni.

Mimpi melihat hujan lebat : Akan ada saingan berat dalam bercinta.

Terkekeh-kekeh saya membaca tafsiran mimpi tu. Yelah, cuba bayangkan, saya ni kekasih pun takde, boyfriend pun takde, ape lagi, cinta hati pun takde, macam mana boleh dia kata saya ni ada saingan dalam bercinta.

*Erk, takdelah saya guling-guling ye baca tafsiran tu. Gelak-gelak sopan gitu!*

Jadilah kan, saya rasa kalaulah anda mimpi kahwin dengan putera kacak,mimpi duit banyak ke, itu semua hanyalah mainan tidur, Janganlah anda terbawa-bawa sangat hanya disebabkan mimpi yang kita tak begitu pasti alamatnya. Kalau mimpi anda itu berlaku di dalam alam realiti, itu semua kebetulan, semuanya kuasa Allah. Allah berhak nak memberi kita mimpi apa, sebab dia nak menguji tahap keimanan hamba-Nya sama ada percaya akan perkara tahyul atau tidak.
*itu pendapat sayalah*

Pernah juga saya bermimpikan ular mengejar saya, kata orang-orang tua itu alamatnya tak lama lagi akan berkahwin. Namun, di dalam realiti, belum ada lagi yang nak meminang saya. Hehe!
Jodoh semua terletak ditangan Tuhan. Besar juga harapan saya nanti saya akan bertemu jodoh yang baik, mampu membimbing saya ke jalan Allah, mendidik saya menjadi isteri solehah dan mempunyai rasa penuh bertanggungjawab dalam etika mendidik anak-anak/keluarga.

*wah, jauh betul saya bermimpi ni! wake up please! *

*lebih kurang macam ni lah saya bermimpi - bajet nak comel je kan*
*ala-ala sleeping beauh-teyy gitu!*

Baiklah, dah jauh saya bermimpi sambil menaip ni. Bila nak study untuk test esok pun tak tau lah. Waaa~~

Oh ye, Kalau anda nak tau tafsiran mimpi, sila klik sini. Hanya sekadar selingan saja ya!

p/s : Agak-agaknya saya mimpi apa pulak malam ni? Nak mimpi Taecyeon 2pm boleh? Hehe!

Assalamualaikum.

Contest " Sekiranya Aku ada Kuasa Luar Biasa Yg. Unik! "

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini.

Walaupun saya tau tak ramai yang meng-follow saya, tetap saya berikan salam kepada anda. *hahh, jawab2. kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayaaanggg! *

Agak lama lah tak meng-update, last entry pun 2 minggu lepas rasanya. Al-maklumlah, jadi student hidup memang sentiasa busy walaupun ada masa tu digunakan untuk beriadah. *hehe*

Okehla, sebentar tadi saya bersiar-siar kat blog orang, pastu join ini join itu tiba2 ternampak pulak ada contest ni. Rasa macam best la pulak nama contest dia. Bukan sebab hadiah yang saya nak rebutkan, cuma pengalaman nak join contest, nak tambah follower and lagi satu saya ni penuh dengan khayalan. Bab-bab berkhayal, sila serah pada saya.

Banyak merapu pulak rasanya, okehla, mari kita terjah khayalan saya ni.

Kalaulah.. saya ada kuasa luar biasa, rasanya kuasa saya tu ialah kentut berapi. Haha, okeh saya tau walaupun saya perempuan macam agak tak sopan je kan kentut berapi ni. Tapi bila difikir banyak jugak benefitnya. Cuba anda pun bayangkan sekali :



  • Saya ni perempuan, jadi orang perempuan ni mudah terdedah dengan bahaya sekiranya tanpa ada apa2 protection. Kiranya kentut berapi tu boleh dijadikan salah satu protection. Kalau kata ada orang nak meragut saya, saya kasi kentut 'KAW KAW' punya. Hah! Ambik kau, nak sangat ragut kan. Api + Bau yang 'harum' sekali. Rasanya 2 bulan kot koma tu. Heheh.
  • Kentut berapi juga boleh dijadikan sebagai penyelamat keadaan. Sebagai contoh, kalau katalah gas kat rumah tu habis. Apa salahnya gunakan kuasa yang ada tu? Tak perlu dibazirkan ye. Kalau tak pun, buat ayah yang merokok tu, lighter dah habis gas, kasi kentut sikit nak bakar rokok dia tu. Tak yah lah nak pegi kedai bazir duit, tenaga pegi kedai. Lagi satu, kalau nak pegi camping, for sure punyalah mesti ada acara BBQ punya. Mesti nak bawak arang la ape la. Kan dah banyak hal. Dengan adanya saya, sekali 'PREET', maka nyalalah api panggangan itu. Muahaha!
  • Kentut berapi juga saya kira boleh juga jadi sebagai kenderaan saya. Ala, macam aladdin tu kan, dia pakai karpet ajaib. Saya pakai kentut berapi! Saya tak perlu risau dengan keadaan jammed nak pegi ke kelas, tak perlu risau pasal tambang, malah lagi cepat rasanya saya sampai ke kelas. Haha. Lepas2 salam semua, keluar, terus siap2 nak kentut pegi kelas. For sure, saya takkan pakai pakaian yang senang terbakar la. Hahah.
Rasa-rasanya, tulah kot kenapa saya perlu ada kuasa luar biasa yang unik. Rasa macam best je kan kan. Protection, kemudahan, kenderaan. Mantap!

* saya kasi macam tu punya kat sape yang nak meragut, hambik! *

p/s : Saya masih bersyukur dengan kejadian tuhan yang telah menciptakan saya dengan sebaiknya. Ini sekadar khayalan. Khayalan anda pula bagaimana?

Oh ye, lupa pulak saya nak buat benda penting ni.


Mari kita berkhayal bersama-sama kat sini ye!
Selamat berkhayal.

dan tak lupa juga kepada rakan2 khayalan saya :


Baiklah, enough with the fantasy, esok saya ada test! waaa~
Assalamualaikum