Wednesday, January 26, 2011

yes. im a noob.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Sihatkah anda? Harap2 sihat selalu hendak-Nya. :)

Baiklah. Saya ingin menanyakan kepada anda ; adakah anda mempunyai kelemahan di dalam setiap bidang yang anda lakukan? Saya pasti setiap orang pasti ada 'slack'nya. Dan saya pasti setiap orang juga mempunyai kelebihan masing-masing. :)

Begitu juga dengan saya. Saya mengaku saya ada 'slack' sedikit tentang design menggunakan komputer/graphic. yes, im a noob. T_T

Seperti yang pernah saya nyatakan, saya pun secara rasminya telah bertukar
department. Iaitu dari Jabatan Tekstil ke Jabatan Percetakan. Sangat jauh perbezaannya! Dari pelukis batik, penenun fiber, pencetak fabrik bertukar kepada pencetak kertas, jurugambar, dan computer designer. Kan jauh bunyi nya. Ianya sangat mencabar kredibiliti saya, mencabar kesabaran saya dan mencabar kreativiti saya kerana saya berada jauh dari landasan saya yang sebenar.

Alhamdulillah, dengan kurniaan Tuhan saya dianugerahkan kebolehan untuk melukis di atas kertas/fabrik dan saya sangat menghargainya. Namun setelah bertukar department, saya merasakan kebolehan saya itu kurang digunapakai. Kerana lebih 'melukis' di atas komputer. Dan mulalah perasaan kurang selesa/ketidakstabilan emosi semasa melakukan kerja 'melukis' di atas komputer.

Saya sangat mempunyai masalah di dalam kelas saya terutama yang menggunakan komputer. Jangan anda fikir saya mempunyai masalah peribadi ya.Setakat ni saya belum pernah lagi cuba untuk memonteng tau! hehe. Masalahnya bukan apa, saya tidaklah terlalu pandai dalam penggunaan aplikasi Photoshop, Illustrator, Dreamweaver, In Design dan yang sewaktu dengannya. Saya hampir give up! Bukan saya tidak pernah mencuba, tetapi MUNGKIN semasa Diploma dahulu saya kurang menggunakan aplikasi-aplikasi yang CANGGIH itu kerana terlalu melebihkan kerja-kerja praktikal. Dari situ saya dapat 'point out' masalah saya. Dan semasa cuti semester, saya hanya membiarkan pembelajaran saya tanpa explore lebih lanjut. Dan itu sebabnya saya menjadi lemau apabila berada di dalam kelas-kelas yang menggunakan komputer itu.

Bukan saya tidak pernah fikir untuk berpatah balik ke landasan saya yang sebenar ; Jabatan Tekstil , tetapi saya selalu mengingatkan diri saya ini adalah laluan hidup baru saya sekarang dan ini juga mungkin lubuk rezeki saya pada suatu hari nanti. Dan saya juga selalu cuba meniupkan kata-kata semangat ke dalam diri saya ; "ini adalah pengalaman hidup, tak semesti semuanya manis. jadi apa salahnya jika mencuba?".

Saya selalu memohon agar Allah sentiasa merahmati pembelajaran saya dan meluaskan minda saya semasa menerima input-input dari pensyarah. Im not an A+ student, but im trying to be the A+ student. Harap-haraplah. Amin :)

Baiklah. Sampai disini saja tulisan saya.
Harapan saya anda dirahmati Tuhan selalu hendak-Nya.
Insya-Allah.




p/s : haha, im a software noob but not in the social network.
boleh pulak kan ? haha!




No comments:

Post a Comment