Tuesday, June 22, 2010

seni itu indah.

salam.

entry kali ni berkaitan dengan apa yang kos yang saya ambil sekarang ini, iaitu Senilukis dan Senireka dan major yang saya ambil; TEKSTIL. baiklah, seni ini apa yang saya pelajari SANGAT luas skopnya. kebanyakan benda yang anda lihat sebenarnya berkaitan dengan seni. seperti contoh yang anda semua boleh lihat dalam kehidupan seharian anda ; baju. di baju anda pasti mempunyai corak dan corak itu datangnya hasil ciptaan seni tak kira secara digital atau manual. betul tak?

ingin saya katakan tak semestinya bila seseorang itu mempelajari seni akhirnya tempat dia di tepi jalan sebagai pelukis jalanan. mungkin itu jalan yang dipilih untuk berdikari dan jangan anda pandang mereka tiada pendapatan tetap. ada diantara mereka telah diambil oleh sesuatu pihak untuk hasilkan karya bagi pihak tersebut dan mereka dibayar ribuan dan ada yang mencecah puluhan ribu untuk sesuatu karya. dan ia sememangnya benar. dan golongan ini selalunya graduasi dari luar negara dan sudah pasti mentor- mentor mereka merupakan ahli seni yang dikenali dunia.

seperti yang saya katakan seni itu itu SANGAT luas skopnya. contohnya ; seni halus (fine art- kebanyakan lukisan frame), seni tekstil ( kain-kain yang anda pakai tu ) seni logam halus - (fine metal-logam seperti contoh rantai,gelang,brooch), seni grafik ( dah namanya grafik mesti guna komputer), seni fotografi ( untuk ambil gambar pun perlu ada perspektif ), senireka industri ( industrial design - rekaan perabot rumah, rekaan bentuk kereta datangnya dari bahagian seni ini ), senireka fesyen ( fashion design - rasanya semua tahu pasal benda ni ), seni seramik ( jubin,pasu datangnya dari bahagian seni ini) dan bermacam-macam lagi jenis seni kalau nak diikutkan.

sebenarnya saya paling tak suka bila ada perspektif yang mengatakan seni itu tiada 'future'. hey, come on lah! dunia dah maju. bukak sikit mata. sekarang ni apa aje yang tak berkaitan dengan seni. contohlah kan dekat shah alam ni ada i-city yang semua sibuk pergi waktu malam. cuba tengok pokok- pokok atau haiwan yang man-made itu. dalam seni ia dipanggil sculpture. jadi anda dapat lihat seni itu ada dimana-mana. cuba lihat ini :
dan ini : pokok dan kaktus itu dipanggil SCULPTURE.

(credit to : cik shila dan cik kyla sebab ini gambar mereka) :D

dan bukan hendak saya banggakan tapi ini adalah realiti bahawa beberapa orang pelajar sekolah saya dahulu mengambil jurusan seni fesyen di UiTM Perak sedangkan semasa di sekolah dahulu mereka pelajar elektif sains tulen .dan ya,itu adalah fakta.

baiklah, di dalam perspektif islam juga kita dapat lihat seni itu pada al-quran seperti contoh seni khat. seni khat juga terdapat pelbagai jenis sepeti contoh khat sufi' dan sebagainya. selain itu ada juga dapat lihat senireka bangunan islam seperti contoh masjid,mihrab,kubah. sejujurnya saya AMAT mengagumi seni islam kerana semasa mempelajari tentang sejarah pembinaan masjid di serata dunia; setiap satunya mempunyai sejarah. dan saya cadangkan untuk klik disini dan juga disini untuk melihat kecantikan seni bina islam ini,
dan disini saya kepilkan gambar seni bina yang amat saya kagumi tiap kali melalui disini:


Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

dan juga ini ( sebabnya ada impian nak pergi sini ):


Masjid Sultan Ahmed, Istanbul, Turki

dan disini saya mengharapkan anda diluar sana untuk membuka mata dan membuang tanggapan negatif bahawa seni ini tiada 'future' sedangkan seni merupakan salah satu kepentingan dalam hidup bagi setiap insan. dan jika anda dengar ahli keluarga/rakan/jiran mendapat tawaran pelajaran dalam jurusan seni,janganlah dipandang sinis. sepatutnya anda merasakan bersyukur kerana masih ada manusia berdaya kreatif dan mana tahu mereka merupakan tonggak dalam usaha memajukan negara. insya-Allah, saya juga berharap saya dapat menyumbangkan sesuatu di dalam bidang seni ini suatu hari nanti.

Assalamualaikum. Peace! :D

----------------
Now playing: 애프터 스쿨(After School) - 뱅(Bang)!
via FoxyTunes



8 comments:

  1. sape kate seni tak ade future? ckp skg? hehe. wlaupun aku amek business tp seni tu tetap tak ketinggalan :)

    ReplyDelete
  2. ade segelintir umat. haha. but i dont give a damn to what people said. hehe. hi-5 kyla!

    ReplyDelete
  3. thumb up!
    sape kate seni x de future? wei, sape amik business pon perlu seni dlm business die tuk wat marketing! ahahaha. =P
    hwaiting!

    ReplyDelete
  4. shila : tulah. biar apa orang nak kata. ouh, seni apa dlm business? ingin ku tau juga.

    ReplyDelete
  5. ahahaha. ade r. seni bile nk pikir mcm ne nk wat packaging y menarik tuk sesuatu produk. <--- hah! da kuar segala notes marketing aku. waahahaa

    ReplyDelete
  6. oh yeke? baru ku tahu. wahhh, nilai seni itu sangat banyak. wahhaha

    ReplyDelete
  7. btul2 . nak wat packaging kena ade seni . :D
    tu br packaging, tak masuk promotion semua . tu pun kena ade seni . heee . aku pun dh kluar note marketing aku gak ni :D

    ReplyDelete
  8. ahahha, wahhhh, lihat semua! dunia ini kaya dengan seni. cewahhh~~

    ReplyDelete