Sunday, February 6, 2011

fluffy.

Assalamualaikum.

Dikala waktu-waktu senggang (sebenarnya malas nak membuat assignment) ni, terasa nak buat entry la pulak. * boleh pulak buat entry sedangkan assignment dah menunggu =_="

Baiklah, tadi tangan saya sengaja meng-google. Dok pikir nak search apa pun tak tau. Tiba - tiba teringat sesuatu.

Tap tap tap. Keyboard saya berbunyi sambil lagu dimainkan memecah kesunyian malam. Yelah, semua orang dah tido. Saya je mata terbeliak depan lappy. Hehe.

" Hamster ". Wahhhhh!. tersangatlah comel haiwan ni. Tiba-tiba terasa nak membela pula.
Membuak2 rasanya. Tapi mampukah saya nak menjaganya? Hmm.

*tidakkah anda rasa macam nak bela juga?*



Tap tap tap. keyboard ditekan tekan lagi.

Dan kali ni , " Rabbit ". Arrrrrgh. Comelnyaa!

Yang ni saya fikir dua tiga kali kalau nak bela.

1) Lokasi pembelaan
2) Masa pengurusan - nak bagi makan, mandi dsb.
3) Risiko pembelaan - takut diganggu kucing2 liar, kencing rabbit yang 'wangi'.

End up, saya pun memadamkan niat saya.


* i was once used to had a rabbit named ; Abu. but he died because fell off from the high places. i was crying for 4 days over T_T*


Tap tap tap. " Kitten ".
Saya sangat sangat sangat menggemari kepada haiwan yang bernama kucing. Tak tahu mengapa. Dari kecil dulu saya pernah membela kucing. Comel; namanya. Comel tersangatlah manja hinggakan setiap malam mesti tidur dengan saya. Tapi umurnya tak panjang.

Dan hinggalah saya berada di tingkatan lima, saya terjumpa anak-anak kucing yang ibunya hilang entah ke mana. Lalu saya pun mengambil anak-anak kucing tersebut dan membelanya.
Bubu, Mumu, Lulu dan Kiki saya namakan mereka. Di antara keempat-empat ekor kucing tersebut, Kiki lah yang manja dengan saya. Senasib dengan Comel, akhirnya mati kerana sakit. Lulu kemudian menyusul mengikut Kiki.

Tinggallah Bubu dan Mumu. Saya menjaga mereka hingga mereka besar. Hinggakan tidak muat dalam sangkar yang ayah saya buatkan. Jadi, saya mula terfikirkan bagaimana saya nak menjaga mereka dengan ruang yang kecil. Lalu saya membuat keputusan untuk melepaskan mereka. Semasa kami ingin melepaskan mereka, Bubu dan Mumu mengejar kami. Saya menyuruh ibu saya memecut agar membiarkan mereka tidak lagi mengejar. Serentak itu, air mata saya jatuh jua. Tak sanggup saya melihat mereka mengejar kami.

*Bubu dan Mumu ; maaf kerana saya tak mampu menjaga kamu dengan sebaiknya.
----------------------------------------------------

Tiba-tiba saya teringat Cik Kyla, sebabnya saya pernah berjanji untuk membela kucingnya iaitu Timmie. Tapi atas masalah kewangan dan masa, tak dapat saya nak membela Timmie walaupun saya beriya-iya mahu membelanya.

*sorry chinggu! :( insya-Allah, ade rezeki aku bela ye!


* adorable right ? :) *


Sememangnya besar hati saya nak membela haiwan2 ni. Tapi apakan daya saya kerana tak mampu dari sudut-sudut tertentu. Lebih baik saya tak bela jika saya tak mampu kerana mungkin memudaratkan lagi haiwan2 itu. Bertambah dosa saya. Ish Ish. Takmau! Kesian haiwan2 tu nnt.

Baiklah, sampai disini saja entry kali ni. Rasa mengganggu pulak bunyi2 bising ni.

Assalamualaikum.


p/s : Saya memang penggemar haiwan. Tapi bukan haiwan eksotik. Anda bagaimana? :)

2 comments: