Monday, June 28, 2010

marathon movie.

salam.

semalam saya, cik shila dan adiknya, ifa pergi ke jaya jusco bukit raja untuk marathon movie. namun ada kisah sebelum kami pergi ke jaya jusco. begini ceritanya ; saya yang telah berjanji dengan cik shila untuk mengambilnya jam 9.30 am. tapi 10.15 baru sampai dirumahnya. maaf cik shila! hehe. mulanya saya diamkan saja tetapi nenek saya telah memecahkan rahsia
mengapa kami lambat. sebabnya saya mengambil masa yang lama untuk meng'touch up' muka. yela,after all dah lama tak menyentuh make-up stuff tiba tiba ada rasa nak make up, hah! setengah jam depan cermin. pakainya eye liner aje. haha. mianhe cik shila. :D

baiklah, setelah kami sampai di jaya jusco kami terus naik ke 2nd floor untuk membeli tiket. mulanya merancang nak tengok toy story 3 dahulu tapi disebabkan full, kami pun membeli tiket the karate kids dahulu dan di susuli toy story 3. ingat kan dua tiket tersebut rm22, tapi disebabkan early bird- the karate kids cuma rm7 and toy story normal price. yeay! save money. hehe.

after membeli tiket, kami pun berjalan ke food court untuk mengisi perut. borak punya borak siap membeli popcorn bagai kami dah terlewat 5 minit cerita awal the karate kids. haih. nasib baik awal cerita tak ada apa sangat. *wink*.

tengah syok tengok cerita ni, tetiba ada pulak bau yang tak menyenangkan. pandang punya pandang,rupanya kakak sebelah saya punya mulut ada baulah. alahai~ sadis betol. dahlah ada bau yang tak best, kakak ni buat drama pulak. dok menangis bagai siap terlap-lap mata. saya pun mula mengengsot ke cik shila. cik shila dah pelik kenapa pulak saya ni makin ketepi. bertolak2 manja kami dalam cinema tu. haha, macam2! last2 saya tutup hidung pakai tangan. nasib baik gelap, kalau tak mesti kakak sebelah tu terasa.

berbalik kepada movie-the karate kids itu, saya bagi two thumbs up sebab jaden smith memang pandai berlakon. just like his father. and paling saya suka reaction muka dia. comel sangat ♥
apa apa pun, memang best lah. kalau sesiapa yang belum tengok, saya cadangkan anda pergi tengok. :D



dan ya, bila saya tengok cerita ni saya teringat yang the karate kids tahun 1984 punya kalau tak silap. hero; daniel larusso yang memang pujaan hati masa kecil dulu. haha, tak tahu kenapa minat sangat sebab dia handsome la kot. hehe. tak silap saya ade sekuel dia yang heroinnya-perempuan jepun (saya tak ingat namanya. sekuel yang ini saya lebih minat. dan tadi saya research gambar 'daniel' tu, dah tua rupanya dia. macam tak percaya je. haha. :D


daniel larusso - pelakon pujaan saya semasa kecil dahulu


baiklah, seterusnya toy story 3. best, tapi ending cerita ini agak touching sedikit. maaf, saya tak menangis ye! hehe. saya memang bukan pegikut toy story, tapi toy story kali ni memang ada moral valuenya. sebab apa yang saya faham- woody walaupun tuannya-andy dah lama tak bermain dengannya sebab dah besar; masih setia dan masih menyimpan harapan agar andy masih boleh bermain dengannya dan rakan2 yang lain which is woody tidak mudah putus harapan dengan cepat. dan woody juga mempunyai sikap setia kawan- tidak melupakan rakan2 yang ditimpa dalam kesusahan. dan paling tak tahan ialah buzz lightyear apabila ditukar 'mode'nya.
nak tahu lebih lanjut, pergilah tengok. best best best.



selepas kami habis ber'movie-movie'an, kami pun meronda satu jaya jusco. ahh, tidak!
saya pantang nampak tulisan SALE, memang rasa nak beli aje. tetapi memandangkan duit yang ada perlu disimpan untuk masuk semester baru ni, saya tahankan aje. kalau saya keluar dengan acu saya, memang saya grab aje. hehe. takpelah, sabar sabar.

ape ape pun hutang movie untuk cuti sem ni terbayar. sekali dua kau! haha. cik shila kata lepas ni, movie marathon lagi lepas semua habis. sampai malam ber'movie- movie'an. hehe. tapi sebenarnya saya sedkit hampa apabila twilight:eclipse hit cinema on 8th july. tidakk! kenapa keluar time saya dah balik pekan koboi?
sedih sedih. takpelah, takde rezeki nampaknya. yang penting, saya akan cari juga twilight nanti bila dah balik shah alam. hehe.

baiklah, Assalamualaikum :D

----------------
Now playing: CN.BLUE - Love
via FoxyTunes

7 comments:

  1. ahahaha. hampir sama dengan kisah aku. =P
    xpe. lain kali kite movie lg. kasi sakit terus pinggang duk dlm panggung tu. XD

    ReplyDelete
  2. haha. sebenarnya aku takde benda nak cerita sebab ko dah cerita kan. ingat nak link kan aje tadi. hehe. tp tulah pikir2 balik, aku conclude balik cerita ko ngan aku. cewah. patutnya kena credit ni. hehe. baik. nnt kita movie2 lagi.

    ReplyDelete
  3. hahaa. sorg cite dh la . aku paham =p

    ReplyDelete
  4. xaty : ahahaha. xpe. trus kan berblogging! =P
    kyla : nada mcm jeles je. wakakaka

    ReplyDelete
  5. shila : mekasih2!
    kyla: haha, memang ade unsur jeles tuh! hehe

    ReplyDelete
  6. ahahaha, tp kan sebenarnya kan mmg best la citer dua2 tu kan shila kannn. ahahahah, wekkk1

    ReplyDelete