Sunday, February 27, 2011

Contest " Sekiranya Aku ada Kuasa Luar Biasa Yg. Unik! "

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini.

Walaupun saya tau tak ramai yang meng-follow saya, tetap saya berikan salam kepada anda. *hahh, jawab2. kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayaaanggg! *

Agak lama lah tak meng-update, last entry pun 2 minggu lepas rasanya. Al-maklumlah, jadi student hidup memang sentiasa busy walaupun ada masa tu digunakan untuk beriadah. *hehe*

Okehla, sebentar tadi saya bersiar-siar kat blog orang, pastu join ini join itu tiba2 ternampak pulak ada contest ni. Rasa macam best la pulak nama contest dia. Bukan sebab hadiah yang saya nak rebutkan, cuma pengalaman nak join contest, nak tambah follower and lagi satu saya ni penuh dengan khayalan. Bab-bab berkhayal, sila serah pada saya.

Banyak merapu pulak rasanya, okehla, mari kita terjah khayalan saya ni.

Kalaulah.. saya ada kuasa luar biasa, rasanya kuasa saya tu ialah kentut berapi. Haha, okeh saya tau walaupun saya perempuan macam agak tak sopan je kan kentut berapi ni. Tapi bila difikir banyak jugak benefitnya. Cuba anda pun bayangkan sekali :



  • Saya ni perempuan, jadi orang perempuan ni mudah terdedah dengan bahaya sekiranya tanpa ada apa2 protection. Kiranya kentut berapi tu boleh dijadikan salah satu protection. Kalau kata ada orang nak meragut saya, saya kasi kentut 'KAW KAW' punya. Hah! Ambik kau, nak sangat ragut kan. Api + Bau yang 'harum' sekali. Rasanya 2 bulan kot koma tu. Heheh.
  • Kentut berapi juga boleh dijadikan sebagai penyelamat keadaan. Sebagai contoh, kalau katalah gas kat rumah tu habis. Apa salahnya gunakan kuasa yang ada tu? Tak perlu dibazirkan ye. Kalau tak pun, buat ayah yang merokok tu, lighter dah habis gas, kasi kentut sikit nak bakar rokok dia tu. Tak yah lah nak pegi kedai bazir duit, tenaga pegi kedai. Lagi satu, kalau nak pegi camping, for sure punyalah mesti ada acara BBQ punya. Mesti nak bawak arang la ape la. Kan dah banyak hal. Dengan adanya saya, sekali 'PREET', maka nyalalah api panggangan itu. Muahaha!
  • Kentut berapi juga saya kira boleh juga jadi sebagai kenderaan saya. Ala, macam aladdin tu kan, dia pakai karpet ajaib. Saya pakai kentut berapi! Saya tak perlu risau dengan keadaan jammed nak pegi ke kelas, tak perlu risau pasal tambang, malah lagi cepat rasanya saya sampai ke kelas. Haha. Lepas2 salam semua, keluar, terus siap2 nak kentut pegi kelas. For sure, saya takkan pakai pakaian yang senang terbakar la. Hahah.
Rasa-rasanya, tulah kot kenapa saya perlu ada kuasa luar biasa yang unik. Rasa macam best je kan kan. Protection, kemudahan, kenderaan. Mantap!

* saya kasi macam tu punya kat sape yang nak meragut, hambik! *

p/s : Saya masih bersyukur dengan kejadian tuhan yang telah menciptakan saya dengan sebaiknya. Ini sekadar khayalan. Khayalan anda pula bagaimana?

Oh ye, lupa pulak saya nak buat benda penting ni.


Mari kita berkhayal bersama-sama kat sini ye!
Selamat berkhayal.

dan tak lupa juga kepada rakan2 khayalan saya :


Baiklah, enough with the fantasy, esok saya ada test! waaa~
Assalamualaikum

4 comments:

  1. agak sengal di situ kan...

    nnti aku nk pkir kuasa apa..

    simpan jap tag ko. :)

    ReplyDelete
  2. haha, tula. patutnya baca untuk nak test, ni aku dok perah otak nak join ni. haha,okeh, simpan laaa. :)

    ReplyDelete
  3. selamat menjoin..agak kreatif ;)ada harapan..TQ ;)

    ReplyDelete