Sunday, February 27, 2011

mimpi.

Assalamualaikum.
Ini merupakan post kedua buat hari ini.
Baiklah. Saya ingin menceritakan sebagaimana tajuk saya diatas iaitu mimpi.

Adakah anda-anda semua pernah bermimpi?
Tak pernah? Tipulah! Tak banyak, sikit tu mesti ada kan?
Sebab mimpi ni mainan tidur.

Begitu juga dengan saya, malam tadi saya bermimpikan sedang memancing ikan keli di kawasan yang hujan lebat/ribut dekat laut/sungai. Bolehkah anda membayangkan betapa susahnya nak memancing dalam keadaan sebegitu? nasib baik mimpi je! *fuh*

*lebih kurang camnilah saya bermimpi. eh eh, silap! bukan ni, ni day-dreaming. yang itu juga bukan saya ye.-harap maklum*

Jadi dipendekkan cerita, saya pun terjaga. Pada pukul **** pagi. Hehe!
Lalu dah siap mandi, saya pun bertanyakan tentang mimpi saya tadi kepada nenda tercinta.

saya : wan, tadi nabila (panggilan nama saya di kalangan keluarga) mimpi ikan keli.kalau mimpi macam tu apa maksud dia eh?

nenda : ikan keli? kau berputih mata ke?

saya : haa? putih mata apa tu?

nenda : ikan banyak kan? ala, ni mesti kes pasal lesen semalam tu.

saya : *masih tak faham* apa kaitan pulak ikan dengan lesennya ni?

nenda : yelah, kan semalam kau fail ujian tu, kan macam kecewa je.

saya : ohhh, kira terkilan la ni. *ohh, gitu rupanya*
habis tu yang mimpi hujan lebat tu macam mana pulak?

nenda : yang tu wan tak tau la pulak. wan bukan tau sangat tafsir mimpi orang-orang tua dulu.

Jadi perbualan kami habis disitu. Oh ye, berbalik kepada pasal lesen tadi. Sebenarnya saya telah gagal ujian komputer pada hari semalam (sabtu). Kecewa yang teramat kau tau tak!
Bukan saya tak baca, malah saya buat test kat rumah lagi. Pun dua kali gagal. Mana taknya, ayat dia berbunga sangat. Saya ni pulak, lurus bendul + straight je orangnya. Memang gagal la.
Sampaikan tak makan tengahari, punya kecewa teramat tuh! Hadoi yaii.
Relax la, ada orang tu sampai lapan kali amik ujian komputer kot! Kan boleh amik lagi. Jiwang la lu ni der.

*saya tak tipu, saya terdengar ade perbualan orang kat situ semasa berada di tempat ujian*

---------------------------------

Berbalik kepada mimpi saya tadi, saya pun naik ke bilik, lalu seperti biasalah. meng-google.
Dan terjumpa website tafsiran mimpi ni. Saya scroll punya scroll, lalu terjumpa yang pasal hujan ribut ni.

Mimpi melihat hujan lebat : Akan ada saingan berat dalam bercinta.

Terkekeh-kekeh saya membaca tafsiran mimpi tu. Yelah, cuba bayangkan, saya ni kekasih pun takde, boyfriend pun takde, ape lagi, cinta hati pun takde, macam mana boleh dia kata saya ni ada saingan dalam bercinta.

*Erk, takdelah saya guling-guling ye baca tafsiran tu. Gelak-gelak sopan gitu!*

Jadilah kan, saya rasa kalaulah anda mimpi kahwin dengan putera kacak,mimpi duit banyak ke, itu semua hanyalah mainan tidur, Janganlah anda terbawa-bawa sangat hanya disebabkan mimpi yang kita tak begitu pasti alamatnya. Kalau mimpi anda itu berlaku di dalam alam realiti, itu semua kebetulan, semuanya kuasa Allah. Allah berhak nak memberi kita mimpi apa, sebab dia nak menguji tahap keimanan hamba-Nya sama ada percaya akan perkara tahyul atau tidak.
*itu pendapat sayalah*

Pernah juga saya bermimpikan ular mengejar saya, kata orang-orang tua itu alamatnya tak lama lagi akan berkahwin. Namun, di dalam realiti, belum ada lagi yang nak meminang saya. Hehe!
Jodoh semua terletak ditangan Tuhan. Besar juga harapan saya nanti saya akan bertemu jodoh yang baik, mampu membimbing saya ke jalan Allah, mendidik saya menjadi isteri solehah dan mempunyai rasa penuh bertanggungjawab dalam etika mendidik anak-anak/keluarga.

*wah, jauh betul saya bermimpi ni! wake up please! *

*lebih kurang macam ni lah saya bermimpi - bajet nak comel je kan*
*ala-ala sleeping beauh-teyy gitu!*

Baiklah, dah jauh saya bermimpi sambil menaip ni. Bila nak study untuk test esok pun tak tau lah. Waaa~~

Oh ye, Kalau anda nak tau tafsiran mimpi, sila klik sini. Hanya sekadar selingan saja ya!

p/s : Agak-agaknya saya mimpi apa pulak malam ni? Nak mimpi Taecyeon 2pm boleh? Hehe!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment