Saturday, March 19, 2011

hari cuti memang seronok.

Assalamualaikum.

Hari ini hari cuti.
What? Cuti? Oh yes! Semua orang sangat suka kepada hari cuti.
Begitu juga saya.
Hari ini hari jumaat, kebetulan malam semalam ada message mengatakan lecturer kelas saya tiada pada hari ini.
Jadi, YAHOOOO! hahaha.

Baiklah, bila cuti makanya kaki saya pun mulalah nak berjalan-jalan. Dan makcik saya, pula ada menyatakan hasratnya mahu pergi ke IKEA. Lantas mengajak saya. Saya pun apalagi, " OKAY, JOM! "

Setelah kami bersiap, bergerak , maka sampailah di IKEA. Mak aihh, ramainya orang! Tengok-tengok ada banner sebesar alam " SALE! " Oh, padanlah...

So, kami pun berjalan jalan sakan didalam IKEA. Dan item yang kami ambil hanya dua. Kedua-dua item pulak tak sampai RM15. Punyalah berjalan jauh, tapi item.. =_=' hahaha
Dan, tibanya kami di kaunter pembayaran, queue yang panjang tak hengat okehhh!
End up, kami pun cancel niat nak membayar, lalu keluar dari IKEA.

* i love the colors - sorry for the lighting, well fluorescent~*

Dan kami pun mula merayap kat The Curve. Keluar-keluar nampak Tutti Frutti.
Wah! best2. Macam orang tak pernah makan je, well memang tak pernah makan pun.
So, kelihatan agak jakun disitu. Hehe, i ni namanya je lahir kat Key Ell, tapi perangai macam orang asli.

Perut pun mula lapar, jadi kami pun mencari restoran.
Asam Pedas, nama restoran die. Ingat jual asam pedas aje, rupanya ade asam laksa, laksa penang semua lah.


*the restaurant*


*the view*


* waiting for her mother going somewhere*

So, saya pun mengambil menu order. Bukak-bukak sambil bajet harga RM4-7 per person ni, sekali RM 12 per person. Mak aih, mahei bebenor! Mungkin pada anda rasakan ianya murah, tapi bagi saya ia mahal sedikit (padahal ko beli mcd sampai 13 hengget tu hape??).
Saya order nasi lemak+daging rendang = RM9. Padahal mak cik Milah kat depan umah tu jual nasi lemak+kerang baru RM2.80. Pastu order pisang goreng 3 ketul dengan aiskrim satu scoop = RM5. Ni kalau beli pisang goreng dekat simpang tepi jalan tu RM2 dapat 6 ketul, pastu beli aiskrim vanilla yang tupperware tu je. Saya lupa saya ade dekat The Curve~~ padanlahh.
Chill la, banyak songeh la lu derrr. Haha. Lagipun mak cik saya belanja,so hehe. Terima kasih auntie! :)


* ta-daa! this is the RM9 nasi lemak *

Lepas makan kami pun berjalan2lah di dalam mall, nasib hari ni saya dapat kawal nafsu membeli saya, kalau tak memang penuh rasanya tangan ni nak mengangkut barang. Alhamdulillah.
Hari pun makin mendung tandanya nak hujan. Tapi sempat lagi saya singgah ke Tutti Frutti. Nak rase mcm mana yoghurt dia. Ahahaha.
Well,it says RM0.53 per 10gm. So, i was like, " Murahnya! "
Weh kakak, lu tau tak 10gm tu berat die macam mana? lebih kurang berat satu sudu kecik je . Aduyaiiii, bakpolaa awok nii~

* Tutti Frutti *

Saya ambik punya ambik, siap topping gummy,strawberry, coklat syrup bagai sekali RM 24.65.
Haha, Yes! Tulah, memang tak hengat nak membayornya. Tapi takpelah, sekali sekala. First time lagipun. Lepas ni kalau masuk lagi, pastikan bawak penimbang siap-siap. Ahahha.
* saya bukan kedekut, cuma sedang merancang kewangan saya :) *

* mixi-mixo! *

Jadi kami habiskan yoghurt tu bertiga. Alhamdulillah. Hari pun dah petang, makanya harus pulang! Dan, alhamdulillah kami sampai kat rumah jam 7.30pm.
*penatnya macam orang yang drive pulak, padahal membongkang kat sebelah driver. cehhhh!*

*on the way back to home*
------------------------------------------------------------------

Oh ya, since i'm posting this entry, i want to wish 'Happy Belated Birthday' to my beloved cousin, Sarah.
She's 8 years old now. Rasa macam tak percaya je! Anyway,along nak ucap semoga panjang umur, murah rezeki, jadilah anak yang solehah, along sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Angah Shahril, Abang Syafiq, Lisa, Sarah, Elida, Athea dan keluarga kita semua. Sayang semua sangat-sangat! :)


* right : birthday girl /left : her younger sister*


* Lisa : Sarah's eldest sister. And Wawa ; cousin - their mom's side *
* Me ; cousin - their dad's side*

p/s : oh ya, forgot to mention. im in my progress to learning the photoshop. so sorry if the pic not really in hmmmph~


Baiklah, sekian saja.
Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment